Banyak orang stress apabila menghadapi masalah. Kawan – kawan saya juga ramai moody apabila ditimpa masalah. Wajah orang yang stress memang tak comel. Kelihatan pahit dan memuncung macam itik..
Ini kerana, sebelum ini mereka menganggap hidup ini bebas dari masalah. Padahal sebenarnya disebabkan ada masalahlah baru kita dapat bertahan untuk hidup, dan kerana ada masalah jugalah baru seseorang itu dapat menghargai hidupnya.
Apabila kita dapat melihat masalah sebagai sebuah keindahan, maka hidup kita akan indah!
Tetapi apabila kita melihat masalah sebagai suatu beban hidup yang hanya menghalang kita, maka hidup ini pun terasa penuh beban. Ada juga diantara kita, hingga sanggup untuk membunuh diri. Itu adalah berbuatan tidak cerdik dan bukan orang yang percayakan tuhan.
Apabila tiada masalah, bagaimana kita akan memperoleh kebijaksanaan? Kerana apabila ada masalah, maka akan muncul pencerahan.
Tetapi bagaimana untuk kita menghadapinya?
Menghadapi masalah memerlukan suatu ketenangan dan kejernihan jiwa… Ianya sesuatu yang perlahan, tetapi pasti kita akan dapat melihat semua benang kusut dari permasalahan yang timbul tersebut, dan kita mencuba untuk menguraikan benang yang kusut itu.
Kalau benang itu masih kusut? jangan khuatir, ambil gunting dan gunting je… beres terus… hahahha!
Kita jangan lupa, kita masih ada Allah.. Berdoalah, Dia pasti mendengar luahan hati hambanya. Ingatlah, Allah tidak pernah membebani hambanya dengan sesuatu yang tak mampu ditanggung oleh hamba tersebut.
Jangan kerana satu masalah dan kita membuat masalah yang baru,
Jangan kerana satu masalah membuat kita menderita selamanya,
Jadikan masalah sebagai cabaran untuk diselesaikan. Jadikanlah masalah sebagai batu loncatan untuk sebuah kejayaan.
Apabila lari dari masalah, sesungguhnya didepan sana masalah yang lebih besar akan menunggu kita.
Apaila tidak lari dari masalah, maka bila ada masalah yang timbul kemudian, setidak – tidaknya kita sudah jauh lebih kuat, lebih tabah dan lebih bijak dalam menyelesaikan permasalahan.
Sesungguhnya 90% masalah itu muncul dari dalam diri kita sendiri,
Muncul dari cara berfikir kita,
Muncul dari ketidaktahuan kita,
Muncul dari keserakahan dan kesombongan kita,
Muncul dari sifat kita yang kurang bijaksana,
Muncul dari sifat kita yang kurang memiliki cinta dan kasih sayang
Muncul dari semua kekhilafan manusia
Jadi,
Kemana arah kehidupan kita? kita sendiri yang menentukan!
No comments:
Post a Comment