Taubat adalah kunci untuk kembali kepada rahmat Allah. Pernah tak kita terfikir, kenapa seringkali kita mengulangi kesilapan dan kesalahan yang sama? Walaupun setiap kali kita sedar akan dosa dan kesalahan tersebut, tetapi selang beberapa ketika, kita terjatuh balik kepada kesalahan tersebut.
Terjebak dalam dosa, maksiat dan kesalahan merupakan perkara biasa yang terjadi kepada anak adam, lantaran iman mereka sifatnya bertambah dan berkurang. Sebab itu, antara perkara asas yang perlu disemai dalam jiwa adalah asas keimanan yang kukuh dan kebencian yang mendalam kepada segala bentuk perbuatan maksiat. Mengenali bentuk2 maksiat juga menjadi suatu keharusan bagi tujuan mengelakkan kita terjebak ke dalamnya.
Maka sentiasalah anak adam berusaha untuk kembali kepada Allah, yakni bertaubat. Lazimi beristighfar dan menunaikan solat sunat taubat serta bersungguh memohon supaya Allah ampuni segala dosa2 dan kesalahan yang pernah dilakukan. Jangan merasa sombong dengan iman sendiri. Ada orang menyangka diri mereka mulia, lantaran tidak mempunyai 'masa lampau' , sedangkan dia tidak menyedari bahawa dia sedang berada dalam kelampauan seorang hamba di hadapan Rabb nya.
Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal saleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya
(Surah Al-Furqan 25 : Ayat 71)
Wallahu'alam.............
...ustazpenang...
No comments:
Post a Comment