Monday, 4 July 2011

Seandainya Lelaki Mengandung......

Seandainya Lelaki Mengandung......

Mungkin macam kelakar je tajuk entri kali ini. Tapi ini serius! ( hehe.. takde la, gurau je ). Tetapi tajuk ini membuat saya terfikir seandainya kita lelaki berada ditempat perempuan, mengalami saat sukarnya melahirkan anak.
Pada saya, apabila seorang lelaki mengetahui apa itu makna mengandung, tentulah dia akan rela senang hati mengganti posisi isterinya melahirkan zuriat. Bahkan, mungkin lelaki sanggup mengandung berkali-kali demi mengalami kesaksian yang sangat berharga itu.
Namun, hanya wanita sahaja lah  yang dapat mengetahui proses kejadian manusia mulai dari awal sehingga kelahiran. Lelaki hanya tahu dari kata-kata orang lain sahaja.
Lelaki tidak pernah merasakan bagaimana sebuah proses kejadian manusia dari tiada kepada ada. Lelaki tidak pernah mengalami sebuah kesaksian bagaimana tertiupnya roh ke dalam daging. Pengalaman yang tak dapat diganti dengan apa – apa pun keterangan. Maka tidak hairanlah kaum lelaki yang paling lantang berdebat tentang soal Tuhan. Kerana   lelaki tidak begitu paham, tidak pernah merasai dan sudah  lupa asal kejadiannya.

Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan kepadanya ruh Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya… ( Shaad :72 ).

Teruja – ” Abang, baby kita bergerak !… “ Begitulah kata ibu ketika pertama kali kandungannya bergerak. Saat itu, masuklah Roh ke segenggam daging. Ibu menjadi saksi proses itu. Sebuah kebahagiaan dan kerinduan begitu membara didalam sanubari ibu.
Rasa sayangnya meluap-luap memenuhi alam. Ibu faham bahawa roh itu satu walaupun terpisah oleh daging yang bernama ibu dan anak, konsentrasinya hanya pada Sang Penggerak.Ibu akan menjadi komandan utama mengiringi anak kembali kepada Allah.
Bagi ibu, anak adalah wasilah terhebat menuju Tuhan. Karier profesionalnya pun tiada apa-apa jika dibandingkan menjadi ibu. Maka tidak hairanlah jika Rasulullah menyuruh kita untuk berbakti kepada ibu sampai tiga kali lebih  daripada seorang ayah. Syurga pun di bawah tapak kakinya.
Tetapi bagaimanakah kita memahami  hadis syurga berada di telapak kaki ibu ?
Ikatan batin ibu dengan anak memang luar biasa. Memunculkan kerinduan  yang sangat hebat. Ibu dan anak adalah dua sinergi yang bahu membahu saling melepaskan keduniaan demi mencapai makna hidup.
Mungkinkah setiap isteri kita  mengalami perkara demikian terhadap anak-anak kita ?
Untuk itu, bersiaplah dicereweti oleh isteri. Anggap sahaja isteri sebagai pelatih profesional dalam menundukkan hawa nafsu kita. Maka tidak hairanlah kenapa setiap proses ijab kabul dimulakan ucapan syahadat. Sebab makna pernikahan adalah menempuh kebaharuan hidup menjadi mahluk yang bersaksi atas proses ketuhanan.

Wallahu'alam.............
 
 
 
...ustazpenang...






No comments:

Post a Comment