Monday, 4 July 2011

Berikan Dan Lupakan...........

Berikan Dan Lupakan...........

Suatu malam hujan turun dengan lebat diiringi angin kencang dan petir yang sabung – menyabung, telefon berdering di rumah seorang doktor
”Isteri saya sakit,” terdengar suara minta pertolongan.
”Dia sangat memerlukan doktor segera.
Si doktor menjawab, ”Kalau begitu, encik perlu  menjemput saya, kereta saya sedang masuk bengkel.”
Mendengar jawapan itu, lelaki tersebut menjadi berang. ”Apa ?!” katanya dengan marah. ”Saya harus pergi menjemput doktor pada malam yang berhujan lebat ini?!”

Mari renungkan cerita diatas. Kita sentiasa meminta sesuatu daripada orang lain. Sayangnya, kita seringkali lupa untuk memberi. Kita tak sedar bahawa apa – apapun yang kita berikan sebenarnya adalah untuk diri kita sendiri. Di dunia ini tiada yang percuma. Segalanya ada harganya.
Seperti membeli barang, kita harus memberi terlebih tahu dahulu ciri – ciri barangan yang kita mahu sebelum meminta barang tersebut. Kalau kita seorang penjual, kita pun harus memberikan layanan kepada pelanggan dan memberi mereka mencuba produk sebelum meminta wang mereka. Inilah konsep ”memberi sebelum meminta” yang sayangnya sering kita lupakan dalam kehidupan seharian
Padahal ”memberi sebelum meminta” adalah sebuah hukum alam. Kalau kita ingin anak kita mendengar apa yang kita katakan, kitalah yang harus memulakan dengan mendengar keluh kesah mereka. Kalau kita ingin anak murid kita belajar dengan gigih, kitalah yang harus memulakan dengan memberikan perhatian, dan suasana yang kondusif. Kalau kita ingin disenangi dalam pergaulan, kita harus memulakan dengan memberikan bantuan dan cakna kepada orang lain.
Orang yang tak mahu memberi adalah mereka yang sentiasa dihantui perasaan takut miskin. Inilah orang-orang yang ”miskin” dalam erti yang sebenarnya. Padahal, didunia ini hanya berlaku hukum keabadian tenaga (kalau anda belajar fizik, anda akan tahu prinsip ini). Kalau kita memberikan tenaga positif kepada dunia, tenaga itu tidak akan hilang. Ia pasti kembali kepada kita
Persoalannya, banyak orang mengharapkan balasan atas perbuatan baiknya dari orang yang ditolongnya. Ini adalah suatu kesalahan. Dengan melakukan itu, kita telah membuat bantuan tersebut menjadi tak bernilai. Kita mempraktikkan suasana dimana ”Ada Udang Disebalik Batu.” Kita tidak ikhlas dan tidak tulus.  Percayalah, ini pasti akan dapat dirasakan oleh orang yang menerima pemberian kita. Kepercayaan yang kita ingin wujudkan telah bertukar menjadi kecurigaan.

Memang,  semua orang di dunia ini sentiasa memikirkan kepentingan dirinya sendiri. Namun, kita dapat membezakannya diantara dua jenis orang. Orang pertama kita sebut sebagai orang yang egois. Merekalah orang yang selalu meminta tetapi tidak pernah memberikan apa – apa pun untuk orang lain. Orang ini pasti dibenci dimana pun dia berada.
Jenis orang kedua adalah orang yang juga mementingkan diri sendiri, tetapi dengan cara mementingkan orang lain. Mereka membuat orang lain bahagia agar mereka sendiri menjadi bahagia. Ini sebenarnya juga konsep mementingkan diri sendiri tetapi sudah diperhalusi. Kalau kita selalu memberikan perhatian dan bantuan kepada orang lain, banyak orang yang akan menghormati dan membantu kita. Kalau demikian, kita sebenarnya sedang berbuat baik pada diri kita sendiri.
Bagaimana kalau kita berbakti dengan menolong kanak – kanak terlantar sakit dan orang-orang miskin?
Ini juga  sebenarnya adalah tindakan ”mementingkan diri sendiri dengan cara mementingkan orang lain.” Kita mungkin tak setuju dan mengatakan, ”Bukankah saya tidak mendapat apa-apa. Saya kan bekerja dengan sukarela” .
Memang benar, kita tidak mendapatkan apa-apa secara material, tetapi apakah kita langsung tidak  dapat apa-apa? Jangan silap, kita tetap akan mendapat sesuatu iaitu kepuasan jiwa. Kepuasan jiwa  inilah yang kita cari.
Jadi, apa – apa pun yang kita lakukan didunia ini,  semuanya adalah untuk kepentingan kita sendiri. Orang – orang yang ego  tidak akan memahami hal ini. Mereka tidak sedar bahawa mereka sedang merosakkan diri mereka sendiri.
Orang – orang yang baik budinya sedar bahawa kejayaan dan kebahagiaan akan dapat dicapai kalau kita membuat orang lain senang, menang, dan bahagia. Hanya dengan cara itulah kita akan dapat menikmati kemenangan kita dalam jangka panjang. Inilah hukum Menang-Menang (win-win situation) yang berlaku dimana sahaja, bila – bila masa  sahaja dan untuk sesiapa sahaja. 
Give and Forget or Give to Get?

Wallahu'alam.............



...ustazpenang...



 

No comments:

Post a Comment