Anda putus kasih? Jangan bersedih.
Percayalah bahawa Allah SWT sentiasa bersama-sama kita. Pada permulaanya memang menyakitkan. Kita hilang selera makan, selalu menangis dan terkenang. Jangan terlalu mengikut perasaan.
Memang sakit dan pedih. Dia banyak mengurung diri di dalam bilik dan menangis. Syukur alhamdulillah, pada satu hari, dia terpandang surah Yassiin diatas meja solek. Hati dia tergerak untuk membaca kerana merasa tidak sanggup nak berdepan dengan perasaan sendiri. Harapan dia setelah membaca surah Yasiin hati akan jadi tenang.
Dan memang terbukti. Hati dia mula tenang, jiwa mula hilang kesakitan, walaupun tidak sepenuhnya. Mulai saat itu setiap kali selesai sahaja solat fardhu, dia akan membaca surah Yasiin. Kalau dulu, dia akan cepat-cepat meninggalkan sejadah selepas solat, namun sekarang dia merasa tidak lengkap kalau tidak membaca Yasiin. Hati sangat tenang dan damai.
Setelah agak tenang, dia mula menghubungi kawan baik. Meraka menasihatidia supaya perbanyakkan solat istikarah, dan dia cuba melakukannya. Setelah beberapa kali membuat solat istikarah, tiba-tiba pada satu hari perasaan menjadi sangat kuat. Dia rasa seperti Allah SWT telah menyuntik semangat baru padanya.
Dia tidak lagi menharapkan ‘dia’ untuk datang kepada saya, malah saya juga tidak lagi kisah walau apa pun terjadi kepada cinta saya. Saya bersyukur sangat2. Sekarang ini saya hanya berserah kepada Allah untuk menentukan arah tuju hidup saya.
Saya belajar dari kesilapan, dan berharap anda pun begitu juga. Bukankah Islam telah membataskan pergaulan antara lelaki dan wanita. Apabila terfikir begitu dia mula insaf. Dia telah melanggar batas-batas tersebut. Dia tidak sepatutnya terlibat.
Dia mula muhasabah diri dan terfikir kepada dugaan ini berlaku kepadanya. Dan akhirnya dia faham, bahawa dia telah lalai semasa bercinta. Memang kita masih bersolat tapi masa kita lebih banyak bersms dan berchatting.
Walaupun tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT (alhamdulillah), namun dia masih lagi merasa bersalah dan berdosa kepada Allah SWT kerana telah membiarkan diri dia terpengaruh dengan perasaan sendiri.
Setelah mendekatkan diri kepada Ilahi, dia mula mendapat cinta baru yang lebih suci dan agung iaitu cinta Ilahi. Dia tidak lagi mengharapkan cinta dari seorang lelaki yang belum tentu jodoh kita.
Percayalah kawan-kawan, dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT, kita akan peroleh ketenangan dan kekuatan, malah mendapat cinta yang paling agung. Ingatkan pada diri bahawa jodoh kita telah ditentukan, dan kita perlu berdoa bersungguh-sungguh supaya dipermudahkan.
Kawan saya berkata kepada saya bahawa Allah mungkin sengaja memberi dugaan begitu kepada saya kerana Allah SWT ingin saya dekat dan kembali kepadaNya. Saya setuju, saya kini mempunyai masa untuk membaca Yasiin berbanding dulu, selalu sangat skip. Kini nasihat kawan itu saya tujukan kepada anda.
Jangan bersedih lagi, percayalah Allah SWT bersama-sama kita. Jangan menangis kerana seorang lelaki, tapi menangislah kerana dosa-dosa yang kita lakukan
Semoga bermanfaat.
Bantu hamba hilangkan kesedihan ini Ya Rabb.
Wallahu'alam.........
...ustazpenang...
No comments:
Post a Comment