Friday, 16 December 2011

Salahkah bila aku benar cinta???

Salahkah bila aku benar cinta???

Perasaan ’cinta suci remaja’ memang biasa diucapkan..Cuma syaitan memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan ALLAH. Tanpa kita sedari kita telah melanggar larangan ALLAH kerana memang adat bercinta mereka mendakwa bahawa cinta mereka tulus dan suci….

Ingatlah bahawa yang haram itu tetap haram walau apa keadaan sekalipun.Cuma kita yang kadang2 cuba menghalalkannya dengan membuat pelbagai alasan, itu dan ini. Di sisi ALLAH ia adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka.

Dalam hadis nabi riwayat ibnu majah:
"Tidak ada yang lebih patut bagi orang2 yang saling mencintai kecuali nikah”

Apa nikah? Tidak mungkin! Sekolah pun tak habis..bagaimana nak bernikah?

Dalam surah Al-Isra:ayat 32 ”janganlah kalian mendekati zina.”

Ah! takkanlah bercinta pun dianggapi mendekati zina? Bingung juga.

Sabda nabi..”janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita..tidaklah bersendirian kecuali ketiganya adalah syaitan.”

Sahabatku, kau seorang remaja muslim yang baik, tidak akan berdalih lagi untuk mengelak dari perkataan ALLAH dan rasulNYA,mampukah sahabat tidak berdalih lagi?

Bagi sahabat-sahabatku yang sudah jatuh cinta rasakan cintamu di dalam hati, berusahalah untuk melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang bermanfaat.

Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga ia lebih mencintai ALLAH daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia"

Siapakah yang dapat menolong kita di hari akhirat nanti?Kekasih kah??Tentu tidak.oleh itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi cinta ini.

Namun sahabatku, jika kamu dan kekasihmu sudah tidak boleh dipisahkan lagi..cintamu sudah terlalu mencengkam kalbu, tidurmu sudah tidak lena lagi, makanmu sudah tidak lagi kenyang, mandimu sudah tidak lagi basah, maka berkahwinlah……demi menjaga kesucian syariat dan memelihara satu rantaian zuriat masa depan yang bersih, suci dan soleh sepanjang generasi zaman, insyaALLAH.
 Wallahu'alam.........
...ustazpenang...

No comments:

Post a Comment