Perlukah Orang Lain Turut Membenci???
“Kan aku dah cakap, jangan mendekati dia. Kau kan kawan aku, bukan kawan dia. Buat apa nak berkawan dengan orang macam tu. Kalau kau nak kawan ngan dia, kita putus sahabat!”
Sengal, pasti kita tercengang mendengar kata-kata ini.
Kita mungkin pernah mengalami perkara seperti ini atau mungkin orang-orang di sekitar kita yang menanamkan rasa benci pada setiap orang yang ada di sekitarnya. Atau mungkin kita sendiri yang mengalami keegoisan atas kebencian pada seseorang. Sehingga kita lupa bahawa kita juga turut melibatkan orang lain dalam dendam kita itu.
Orang yang selalunya dibenci separuh mati biasanya orang yang pernah dekat dengan kita, kebencian itu datang akibat kita merasa dikhianati dan ditikam dari belakang,biasanya ini faktor utama.
Cuba persoalkan pada diri kita,
Apakah nikmatnya kebencian ???
Apa manfaatnya kebencian untuk kita ???
Apa untungnya rasa benci yang kita tanamkan???
Sebenarnya tiada manfaat kebencian selain memanjakan nafsu. Yang ada hanya mengeruhkan ukhuwah dan tentunya merimaskan orang dalam kehidupan sekeliling kita. Sahabat kita yang pada asalnya terbuka berkawan dengan sesiapa saja, akhirnya ikut membenci orang yang kamu benci, padahal dia tak tahu atas dasar apa kebencian kita itu. Dia ikut kerana takut dituduh tidak setia kawan.
Atau mungkin kita yang merasa ikut membenci seseorang itu kerana sahabat kita membenci orang itu. Sebenarnya apa yang menyebabkan kita merosakkan ukhuwah dengan orang itu? Padahal kebencian sahabat kita itu tiada kaitan dengan kita. Tiada manfaatnya untuk kita.
Jika kita merasakan perkara ini adalah sia-sia, cukuplah kita menyakiti diri kita dengan membenci orang lain. Belum tentu rasa benci kita terhadap seseorang itu akan menjejaskan hidup dia. Dia hidup tenang dan gembira, tetapi jiwa kita tidak tenang, membengkak dalam kebencian yang membara. Siapa juga yang rugi kan?
Indahnya hidup tanpa kebencian, tentunya disertai dengan maaf dan ketabahan. Sudah semestinya hidup akan merasa tenang. Tentunya memberi kesan pada kesihatan jiwa dan raga juga. Jantung ketika marah dan membenci sesuatu, dia akan berdegup dengan lebih cepat tidak teratur sehingga mencetuskan stres yang berpanjangan.
Manusia akan selalu di uji, salah satunya dengan nafsu benci. Kalau kita sedari bahawa ujian ini adalah untuk ujian kesabaran,tentu kita akan enggan menanamkan benih benci dalam diri kita.
”…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (QS. An Nuur, 24:22) ”
Wallahu'alam.........
No comments:
Post a Comment