Puasa Bukan Alasannya..
Perang Badar, antara peperangan terpenting dalam sejarah Umat Islam, 313 orang Islam yang beriman menewaskan lebih dari 1000 orang Musyrikin Mekah. Apa yang istimewa lagi, ia berlaku pada 17 Ramadhan.
Ya, dalam bulan Ramadhan, bulan puasa.
Alasan dan alasan
Ramai diantara kita menjadi puasa sebagai alasan untuk merencatkan sesuatu aktiviti. Buat itu tak mahu, buat ini tak boleh. Kadang – kadang pergi kuliah pun tidak mahu. Semuanya membuat muka lembik dan tidak bermaya.
“Tak larat lah bro bulan puasa ni..”
“Puasa ini, aku takde tenaga la.. tak mampu..”
Adakah wajar kita menjadikan bulan puasa ini sebagai alasan untuk menidakkan segala aktiviti kita?
Kenapa Bulan Ramadhan yang mulia ini telah di “kambing hitamkan” oleh kita?
Pokoknya, ayat tidak mampu adalah akar utama dalam jambangan alasan tersebut.
Kenapa orang suka cakap tak mampu?
Sebab Allah ada sebut: “”Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…” Surah Al-Baqarah ayat 286. Jadi, dengan menyangka bahawa diri kita menyatakan alasan ‘tidak mampu’, maka taklif itu terangkat daripada kita.
Begitukah? Sebab itu, perkataan tidak mampu agak popular.
Sebenarnya hanyalah “nak atau tak nak je”
Benteng yang menjadi pemisah antara kecemerlangan dunia akhirat seseorang, dengan kegagalan mereka, adalah benteng bernama: “Nak ke tak nak?”
Kalau kita nak dan yakin, alasan “puasa” tidak menjadi penghalang sebenarnya. Asal kita meniupkan semangat dalam jiwa kita. Bila kita bersemangat, kita boleh buat. Lihatlah contoh peristiwa perang Badar, orang – orang yang beriman berjaya meniup semangat dalam diri mereka, mereka nak, sehingga mereka berjaya menewaskan orang kafir.
Bayangkan, 313 orang Mukmin menewaskan 1000 orang kafir dalam keadaan berpuasa.
Mereka tidak pernah memberi alasan tak mahu berperang kerana “puasa”
Kita? hanya mahu tidur sepanjang masa di bulan Ramadhan.. =.=”
Penutup: kita terlalu memanjakan diri
Orang kata, kalau nak dapat pingat emas dalam apa-apa acara sukan, maka kenalah training habis-habisan. Penat adalah perkara wajib. Letih adalah yang mesti dilalui. Susah adalah teman. Sakit-sakit sendi, sengal-sengal otot adalah sahabat karib.
Agak-agak, nak capai Syurga Allah SWT yang tidak pernah mampu dibayangkan oleh akal manusia biasa ini, bagaimana?
Pastinya ada kepayahan. Ada kesukaran. Pastinya memerlukan tolakan dan paksaan. Tambahan, syurga dipagari oleh perkara-perkara yang dibenci oleh nafsu kita. Lebih keraslah kita perlu bermujahadah.
Namun, perjalanan yang sukar itu, berada dalam kemampuan kita sebenarnya
Allah sentiasa menolong hambaNya yang bertaqwa disamping keikhlasan berjuang keranaNya. Tinggal kita sahaja yang perlu mengikhlaskan diri dan membuang segala alasan dalam diri kita.
Wallahu'alam...........
...ustazpenang...
No comments:
Post a Comment