Thursday, 13 October 2011

Cemburu

Cemburu

Cemburu adalah suatu sifat yang dapat menambah cinta mesra dan Cemburu juga boleh menyebabkan keretakan hubungan..Hubungan harus ditegakkan atas dasar saling mempercayai agar kehidupan rumah tangga berjalan tenang tenteram. Terlalu cemburu akan menyebab gagalnya cinta kehidupan menjadi sulit dan keruh.

Cemburu yang baik ada syaratnya,,syarat utama cemburu yang ada landasan ialah "cemburu kerana keraguan"...Mengikut kamus bahasa melayu perkataan "Ragu" bermaksud bimbang,sangsi,was-was,hati syak kepada hati.Ada persamaan pada perkataan "Curiga"kerana curiga juga bermaksud bimbang,sangsi,was-was,hati syak kepada hati.

Cemburu memang dibolehkan asalkan sesuai pada tempat dan masalahnya,cemburu yang berlebihan akan menghilangkan kasih sayang.Raasulullah saw. bersabda:"Ada kecemburuan yang dibenci Allah SWT iaitu kecemburuan seorang suami pada isterinya tanpa didasari dengan adanya hal-hal yang menimbulkan kecurigaan."(Abu Daud,An Nasa'i,Ibnu Majah) 

Wallahu'alam............
 

...ustazpenang...

No comments:

Post a Comment