BOLEH KAH MELUAHKAN PERASAAN DI FACEBOOK @ LAMAN SOSIAL LAIN??? APA HUKUMNYA???
"susahnya exam tadi..."
"panasnya hari ini..."
"knapa la suami ku..."
A.K.U B.O.S.A.N!!!
Inilah antara keluhan yang sering kita baca dan lihat di banyak laman web sosial seperti FACEBOOK. Persoalan yang timbul,bolehkah meluahkan perasaan dengan cara begini...? seluruh dunia boleh melihat apa yang kita luahkan...
Sekiranya kita lihat sejarah FACEBOOK tujuan pertama Mark Zuckerberg adalah untuk berbincang tentang pelajaran dan perhubungan antara rakan-rakan universiti beliau. Untuk lebih faham boleh lihat video realiti berkenaan FACEBOOK dengan tajuk The sosial network . Meskipun kita mendengar khabar angin ada agenda lain.
sebenarnya ia bergantung juga kepada penggunanya sekiranya digunakan dengan cara baik maka baiklah penggunaannya. Ibarat pisau, pisau digunakan untuk memotong sayur,ikan,daging dan sebagainya.Tetapi sekiranya di salahgunakan seperti untuk membunuh maka salahlah penggunaannya.Di sini ana sertakan berkenaan hukumnya boleh layari laman web berikut
Tetapi kita sebagai umat ISLAM,perlukah kita mengadu kepada semua orang...??? Yang lebih menghairankan ada yang menggunakan untuk tujuan mengumpat yang dilarang dalam ISLAM. seperti mengadu tentang sifat kawan dan lebih menghairankan bila mengadu tentang suami mereka (bagi yang sudah berkahwin).
Firman Allah SWT yang bermaksud
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah-Ku) dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran" [al-Baqarah:186]
berdasarkan ayat Al-Quran ini kita dapat lihat bahawa hanya kepada Allah SWT sahaja kita layak memohon pertolongan sama ada kita dalam keadaan senang ataupun susah. Berdoalah hanya kepada Allah sekiranya susah pasti Allah perkenankan. Seperti yang termaktub dalam Qalam-Nya yang bermaksud :-
"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina."
[Al-Mu'min:60]
Ini adalah gambaran hubungan yang akrab antara si pengharap dengan Yang Maha Memenuhi harapan. Apabila hubungan antara kedua-duanya akrab, maka segala harapan akan menjadi kenyataan denga izinNya.
Di sini ana sertakan masa-masa yang Afdal untuk kita berdoa
1. Sepertiga Akhir Malam
"Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" (Sahih Bukhari)
2. Ketika Berbuka Puasa
"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak" (Sunnan Ibnu Majah. Disahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)
3. Selepas Solat Fardhu
Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab.
"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".
(Sunan At-Tirmidzi. Disahihkan oleh Al-Albani di dalam Sahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).
4. Pada suatu waktu di hari Jumaat
"Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut" (Sahih Bukhari dan Muslim)
Waktu yang sesaat itu tidak diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203. Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai solat Jumaat atau sehingga selesai waktu solat Asar bagi orang yang menunggu solat Maghrib.
5. Terjaga dari tidur pada malam hari dimana sebelum tidur dalam keadaan bersuci
"Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" (Sunnan Ibnu Majah. Disahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)
6. Di antara azan dan iqamah
"Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah" (Sunnan Abu Daud, Sunnan At-Tirmidzi, Sunnan Al-Baihaqi. Disahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)
7. Ketika sujud semasa solat
"Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan" (Sahih Muslim)
8. Ketika Hujan
"Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan disahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahihul Jami' No. 3078).
9. Lailatul Qadar
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.
"Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)
Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)
10. Hari Arafah
"Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah" (Sunnan At-Tirmidzi. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)
Di kesempatan masa Ini sahaja yang ana dapat nukilkan.tujuan ini adalah sekadar untuk saling nasihat-menasihati terutamanya untuk diri sendiri dan kepada saudara-saudara seislam ana. Sebarang kesalahan berkenaan dalil atau apa-apa sahaja berkenaan penulisan ini sila harap diberi teguran.
Hak milik ilmu sementara ~ Mujahid Dhiyauddin Fisabilillah
Hak milik ilmu selamanya ~ Allah SWT

Wallahu'alam...............
...ustazpenang...
No comments:
Post a Comment