Manusia Mudah Lalai
Dalam menyusuri perjalanan hidup, pelbagai keadaan akan kita jalani. Tidak kira yang mengembirakan, mendukakan dan yang berkaitan. Semua tu ajar kita jatuh bangun kehidupan yang kita susuri ni.
Setiap kali kita jatuh, keperitan yang kita dapat sukar untuk kita tanggung sendiri. Pada Ilahi kita menghadap, mencurah keperitan yang dirasa. Mengharapkan diberi kemudahan menghadapi keperitan. Mengharap keperitan yang dapat tidak berpanjangan.
Di kala keperitan kunjung tiba terasa diri selalu lupa kan Dia bila kesenangan bersama. Bersalah akan diri terasa sendiri. Penyesalan timbul meski untuk beberapa ketika.
Namun, selepas keperitan pergi, datang pula kegembiraan yang sentiasa dinanti. Menyambutnya semeriah-meriahnya. Lupa akan keperitan yang pernah dirasa. Seolah-olah tiada keperitan tiada dirasa. Seolah-olah lupa akan kesalahan diri yang pernah disesali.
Manusia mudah lupa, mudah lali dengan kesenangan yang sementara. Bila keperitan datang baru terasa penyesalan tetapi hanya untuk sementara.
Moga kita yang bergelar makhluk Allah yang Esa ini sentiasa sedar yang kita hanya pinjaman. Setiap keperitan mahupun kegembiraan hanya ujian untuk dapatkan sijil ketqwaan kita yang sebenar.
Wallahu'alam............
No comments:
Post a Comment