"Si Dia.."
Yasin jiwa Quran dilagukan tajwidnya penuh tertib.Terasa asyik'nya mengaji 'Jantung' kepada Ayat-AyatNya..
"Salamun Qao Lam Mir Robbir Rahim.." Hati mana yang tidak tersentuh andai Tuhan itu sendiri.. mengucapkan kepada kita ucapan..
"Salam..sebagai ucapan Selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang..."
Muqaddimahnya.Cukuplah AyatNya dijadikan sebagai 'Mengemis KasihNya'..
Tiba-tiba mata melamun kearah jendela. Angin bertiup-tiup sejuk , daun-daun berguguran.. Pokok seakan melambai-lambai.. Teringat'kan 'indahnya' lirik nasyid ' Isteri Solehah'..
Isteri Cerdik yang Solehah,
Penyejuk mata.Penawar Hati..
Penajam Fikiran..
Dirumah Dia isteri..
Dijalanan ia 'Kawan..'
Diwaktu kita 'buntu'. Dia penunjuk Jalan..
Jodoh itu juga adalah 'Rezeki'. Ia perlu diusaha dan dicari. Usahalah dgn menjadikan dirimu itu 'baik' , dan langkah mencari ' si Dia' juga mesti dengan cara yang baik-baik.
Tiada syarat mencari pasangan hidup melainkan 'Wajib' menyintai Tuhan dulu andai inginkan hati seorang berjiwa 'Kekasih yang Dirindui..'
'' Bersungguhlah menjadi orang yang 'Salim.' yang sejahtera. Insya'Allah.. Si Dia pun sedang bermujahadah dirinya menjadi 'baik' untukmu."
Cinta itu ada musimnya. Tapi yakinlah cinta kepada yang disayangi kerana Yang Penyayang. Tiada akan gugur 'Musim Cinta' kerana Orang yang ber'iman hatinya..
''Full of Love and Light."
''Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.'' (Ar Ruum : 30)
Wallahu'alam...............
...ustazpenang...
No comments:
Post a Comment