Thursday, 4 August 2011

5 Cara Untuk Meningkatkan Lagi Daya Ingatan

5 Cara Untuk Meningkatkan Lagi Daya Ingatan

Latihan- Untuk meningkatkan lagi memori anda, anda perlu biasakan diri anda dengan membuat latihan. Antara contoh latihan yang mungkin boleh anda praktikkan ialah seperti apabila anda menerima sesuatu tugasan untuk membeli senarai barangan. Biasakn diri anda untuk mengingat senarai barangan yang hendak dibeli. Elakkan daripada menulis nota. Kemudian sentiasa nilai tahap ingatan yang anda lakukan dari masa ke semasa. Sekiranya anda mengamalkan latihan seperti ini, ia secara tidak langsung akan meningkatkan lagi ingatan anda. Rakyat JEPUN telah mempraktikkan latihan seperti ini kepada anak mereka sejak kecil lagi.



 

Gunakan persekitaran disekeliling- Maksud anda perlu menggunakan persekitaran disekeliling ialah contohnya seperti setiap malam sebelum tidur anda pasti akan menutup lampu. Itu merupakan suatu rutin harian anda yang kebiasaannya anda lakukan setiap hari. Lekatkan satu nota kecil di suis lampu mengenai perkara yang perlu anda ingat. Kebarangkalian anda membaca nota itu setiap hari amat tinggi. Lebih banyak perkara yang anda lihat akan meningkatkan lagi daya ingatan anda. Terlalu banyak cara yang mampu anda lakukan dengan menggunakan kaedah ini. Ia bergantung kepada cara hidup dan kebijaksanaaan anda mengaplikasikannya.

 

Bayangan visual- Pasti ada sesetengah daripada anda lebih suka cara mengingat yang menggunakan cara visual berbanding tulisan. Contoh visual yang mungkin anda boleh praktikkan adalah seperti selepas anda menonton sesuatu cerita. Sebanyak manakah anda mampu memvisualkan kembali ingatan anda terhadap cerita itu. Berapakah kadar kemampuan anda untuk menceritakan kembali apa yang anda lihat sebentar tadi kepada orang lain. Berapakah jangka masa anda mampu mengingat sesuatu plot cerita itu. Kepada sesiapa yang gemarkan bercerita, teruskan usaha anda kerana ia merupakan salah satu cara untuk meningkatkan lagi daya ingatan anda.

 

Ringkasan/Bahasa mudah- Selain daripada itu juga, cara ringkasan/bahasa mudah juga adalah cara terbaik untuk meningkatkan lagi daya ingatan anda. Pasti ramai daripada anda telah mempraktikkan cara ini dari bangku sekolah lagi. Kepada yang mungkin tidak tahu, mungkin tips ini akan membantu anda. Contoh yang boleh diberikan untuk ringkasan adalah mungkin anda perlu mengingat senarai nama seperti “Borhan, Osman, Latif, Ahmad”. Anda menggunakan “BOLA” sebagai ringkasan untuk mengingat nama mereka. Untuk bahasa mudah pula, contoh yang boleh diberikan mungkin seperti “Micahael Jackson Keluar Hutan Bawa Ibu Unta” untuk mengingat turutan warna pelangi yang mengandungi warna “Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo, Ungu”. Ianya bergantung kepada kreativiti anda.

 

Perhatian- Perhatian merupakan perkara paling penting dalam menentukan tahap daya ingatan anda. Sekiranya anda betul2 memberikan perhatian terhadap mengenai sesuatu topik itu, pasti daya ingatan anda akan meningkat secara sendirinya. Ia merupakan perkara utama dalam menentukan tahap daya ingatan. Segala usaha anda dalam meningkatkan daya ingatan akan bermula daripada perhatian yang anda telah berikan. Berilah sepenuh perhatian terhadap sesuatu dan pasti itu adalah cara paling baik dan mudah untuk anda meningkatkan lagi daya ingatan anda.

Wallahu'alam...........



...ustazpenang...

No comments:

Post a Comment