9 Perkara Yang Dilakukan Oleh Orang Yang Berjaya
Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa orang lain boleh berjaya tetapi bukan diri anda sendiri. Sekiranya anda tidak dapat mengenalpasti puncanya, mungkin anda akan terus hanyut daripada mengecapi kejayaan. Memang agak sukar untuk memahami samaada kejayaan atau kegagalan yang mungkin anda terima. Kebolehan semulajadi atau bakat berkemungkinan memainkan sedikit peranan dalam hal ini. Tetapi anda harus ingat, hasil daripada kajian menunjukkan kejayaan seseorang bukan bergantung terhadap siapa mereka, tetapi apa yang mereka telah lakukan.
Lebih spesifik- Apabila anda cuba untuk menetapkan sesuatu matlamat di dalam kehidupan, anda seharusnya menetapkan matlamat itu dengan cara yang lebih khusus. Sebagai contoh, “pada bulan hadapan aku akan menurunkan berat badan”. Kelihatan matlamat anda masih samar-samar lagi sekiranya meletakkan matlamat seperti itu. Sebaiknya anda meletakkan matlamat “pada bulan hadapan aku akan menurunkan berat badan sebanyak 5kg”. Ia kelihatan anda lebih tegas untuk mencapai matlamat anda dan akan berusaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Tentukan saat yang perlu anda bertindak untuk mencapai matlamat- Elemen masa adalah peranan penting untuk anda mencapai sesuatu matlamat itu. Pasti anda semua telah terikat dengan rutin harian yang perlu dilakukan. Sebagai contoh, anda ingin menurunkan berat badan, tetapi pekerjaan anda menjadi penghalang. Anda perlu merancang setiap hari sabtu dan ahad anda perlu untuk pergi bersenam. Inilah merupakan saat yang paling sesuai untuk anda bertindak. Sekali lagi, ketika anda merancang masa yang sesuai untuk bertindak, ia juga perlu lebih khusus seperti setiap hari sabtu dan ahad berbanding setiap hujung minggu.
Pantau terhadap usaha yang telah dilakukan- Pemantuan terhadap usaha yang telah anda lakukan amat penting untuk memastikan anda sentiasa bermotivasi untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Ianya boleh dilakukan samaada dari segi harian, mingguan ataupun bulanan. Sebagai contoh anda ingin menurunkan berat badan sebanyak 5kg pada bulan hadapan, tetapi daripada pemantauan anda agak mustahil untuk mencapainya. Anda perlu bijak untuk menukar perancangan seperti menambahkan hari untuk anda bersenam. Jika sebelum ini anda hanya bersenam setiap hari sabtu dan ahad, mungkin anda boleh tambahkan hari isnin, rabu, dan jumaat setelah anda habis melakukan kerja anda akan pergi bersenam.
Matlamat perlu realistik- Ketika anda menentukan sesuatu matlamat itu, anda perlu juga memikirkan adakah anda benar-benar yakin mampu untuk mencapainya. Ini adalah kerana keyakinan dapat membantu untuk mengekalkan momentum motivasi anda. Tetapi anda tidak boleh memandang mudah untuk mencapai sesuatu matlamat itu.Untuk mencapai matlamat memerlukan masa, perancangan, usaha, dan ketekunan. Kajian menunjukkan bahawa sekiranya anda berfikir dengan mudah akan berjaya untuk mencapai sesuatu matlamat akan membuatkan anda tidak bersedia untuk perjalanan lebih ke depan, dan ia juga akan meningkatkan kemungkinan kegagalan.
Yakin terhadap kebolehan diri sendiri- Percaya bahawa anda mempunyai kebolehan untuk mencapai sesuatu matlamat itu adalah penting tetapi anda perlu yakin juga bahawa anda mempunyai kebolehan itu. Kebanyakan orang menganggap bahawa kebolehan adalah suatu anugerah semulajadi dan ianya bersifat tetap untuk orang yang terpilih sahaja. Apa yang mereka lakukan tidak akan dapat mengubah kebolehan yang sudah ada pada mereka. Dan disinilah titik yang ramai memilih untuk berputus asa, tetapi mereka sebenarnya silap. Kebolehan seseorang boleh dibentuk melalui pelbagai cara. Hanya keinginan yang bersungguh-sungguh sahaja akan melepasi tahap ini. Anda seharusnya lebih fokus untuk mencapat sesuatu matlamat yang telah ditetapkan berbanding daripada memikirkan kelemahan dan kekurangan pada diri sendiri.
Keinginan yang bersungguh-sungguh- Anda perlu bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat anda walaupun ia mengambil satu jangka masa yang panjang, tambahan pula sekiranya ketika anda mempunyai kesulitan. Seseorang yang tidak mempunyai keinginan yang bersungguh-sungguh pasti akan lebih untuk memikirkan ketidakupayaan mereka untuk berjaya. Sekiranya anda hanya meragui ketidakupayaan anda sahaja, adakah anda merasakan matlamat anda akan tercapai? pasti tidak kerana sebelum berjuang lagi anda sebenarnya sudah menyerah kalah. Apabila anda sudah menetapkan sesuatu matlamat itu, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Abaikan segala suara sumbang yang mungkin akan menurunkan semangat anda dan terus maju ke hadapan.
Kesihatan- Anda perlu sedar bahawa kesihatan juga memainkan peranan penting untuk anda berjaya. Bayangkan sekiranya anda mengalami masalah kesihatan, adakah anda merasakan anda mampu untuk mengambil tindakan yang lebih baik untuk mencapai matlamat? Pasti tidak, ianya akan menggangu terhadap persembahan tindakan yang anda lakukan. Berkemungkinan jika sekiranya masalah kesihatan anda lebih teruk, anda sendiri tidak mampu untuk mengambil apa-apa tindakan. Semakin kurang tindakan yang anda ambil bermakna semakin jauh anda daripada mengecapi kejayaan. Menjaga kesihatan telah menunjukkan bahawa anda telah mengambil satu langkah untuk berjaya. Teruskan dengan langkah-langkah yang seterusnya dan mungkin kejayaan milik anda.
Kekalkan fokus- Mengekalkan fokus anda terhadap matlamat yang ingin dicapai juga merupakan elemen penting sebelum mengecapi kejayaan. Anda seharusnya lebih untuk memfokuskan terhadap perkara positif yang mampu untuk menguatkan semangat anda untuk terus lebih berusaha berbanding daripada memikirkan perkara-perkara negatif. Sekiranya anda terus fokus untuk berfikiran positif, ia bermakan semua masalah pasti anda dapat atasi dengan penyelesaian yang terbaik. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin berhenti merokok, anda perlu lebih fokus terhadap tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan untuk berhenti merokok. Inilah yang dikatakan pemikiran yang positif. Sekiranya anda hanya memikirkan terhadap keinginan anda untuk berhenti merokok sahaja tanpa memikirkan tindakan yang perlu diambil untuk berhenti, ini adalah merupakan pemikiran negatif.
Berserah- Seperti yang anda semua ketahui, manusia hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentukan. Sekiranya anda telah berusaha yang terbaik tetapi masih lagi menemui kegagalan, anda seharusnya lebih kuat untuk berusaha dan bukannya berputus asa. Terdapat banyak lagi bidang yang mungkin anda boleh ceburi. Anda sepatutnya memahami bahawa sekiranya anda gagal, anda telah mempelajari satu pelajaran bagaimana untuk menjadi lebih berjaya. Hidup adalah suatu perjalanan dan sekiranya anda tidak mengalami kegagalan, pasti anda sendiri tidak mengetahui apakah nikmat kejayaan yang sebenar. Anggap sahaja kegagalan hanya merupakan satu proses pembelajaran untuk anda lebih berjaya. Jangan sesekali berhenti untuk melakukan sesuatu usaha.
Wallahu'alam............
...ustazpenang...
aku setuju dgn entry nih. kene spesifik barulah diri sndri tak konfius...
ReplyDelete(^_^)