Sunday 2 October 2011

Aurat Wanita, Apa Sudah Jadi???

Aurat Wanita, Apa Sudah Jadi???

Adalah menjadi satu kewajipan kepada semua wanita islam untuk menutup aurat tanpa perlu menyoalkan kenapa perlu berbuat demikian. Tutuplah aurat seperti yang digariskan kepada wanita islam. Ingatlah seksaan ALLAH amatlah pedih jika mengingkarinya!

tumblr kru2kxAPWD1qzs4bao1 500 Aurat Wanita, Apa Sudah Jadi?

Bukti dalam Al-Quran..
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya.

Hendaklah juga mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka..

Atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui.

Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

1 30638 Aurat Wanita, Apa Sudah Jadi?

Wahai orang-orang yang percaya, hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu memiliki, dan mereka antara kamu yang belum cukup umur, meminta izin kepada kamu tiga kali – sebelum solat fajar, dan apabila kamu menanggalkan pakaian kamu pada waktu zuhur (tengah hari), dan selepas solat isyak – 3 kali aurat (penelanjangan) bagi kamu.

Tidak ada kesalahan ke atas kamu atau ke atas mereka, selain daripada ini, untuk kamu ke sana dan ke mari, sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.

tumblr lnij4cN3SJ1qf2ki2o1 5001 Aurat Wanita, Apa Sudah Jadi?

Sama-samalah kita menjaga aurat kita tidak kira lelaki dan wanita. Insyaallah.
Cintailah ALLAH dengan mengikuti segala perintahnya termasuk menutup aurat!

Wallahu'alam...........


...ustazpenang...

No comments:

Post a Comment