Cerita Tentang KEBAHAGIAAN
Dikisahkan, ada seorang anak muda yang merasa dirinya tidak bahagia.
Setiap hari, dari jendela kamarnya dia melihat taman dan pemandangan alam yang sangat indah, orang berlalu lalang, kanak-kanak bermain dengan gembira.
Tetapi fenomena itu tidak membuat hatinya bahagia. Justeru dia tidak mengerti, mengapa orang-orang di luar sana mampu ketawa bersama atau setidaknya menunjukkan wajah yang gembira.
Kerana melihat keadaan di sekitarnya, hatinya yang hambar, terusik pada pertanyaan, “Apa rahsia bahagia?”
Demi mendapatkan jawapan tersebut, si pemuda memutuskan keluar dari kamarnya dan mula bertanya kepada siapa saja yang mungkin mampu memberi jawapannya.
“Maaf pakcik, saya mahu bertanya, dari mana bahagia itu?” tanyanya kepada seorang pakcik yang tampak gembira melihat kanak-kanak yang sedang berlari.
“Bahagia? Dari mana datangnya? Lihat kanak-kanak itu,” jawab s pakcik dengan santai. Si pemuda memerhatinya dan tidak mengerti mengapa melihat kanak-kanak itu adalah kebahagiaan.
Dia pun berjalan terus dan berusaha bertanya beberapa orang lain tetapi tetap tidak memperoleh jawapannya, apa dan bagaimana bahagia itu. Hingga tibalah dia di depan rumah seorang petani yang sedang beristirehat sambil meniup seruling dengan nikmatnya.
Si pemuda menunggu sampai lagunya selesai dan mengajukan pertanyaan yang sama. “Masuklah ke sini,” si petani mempersilakan si pemuda dengan ramah.
“Pakcik sedang membuat seruling baru. Lihatlah! Begini caranya.” Tangannya pun sibuk memperagakan memilih buluh, mengusap dan membersihkan bulu-bulu halusnya dengan cermat.
“Setelah bersih, ratakan dan kemudian lubangkan.”
“Pakcik, saya ke sini bukan belajar membuat suling dan apa hubungannya semua ini dengan kebahagiaan?” tanya si pemuda dengan kesal.
“Anak muda, jangan marah dulu. Perhatikan dulu apa yang hendak pakcik jelaskan. Buluh sekecil ini mampu mendatangkan nada yang indah, rahsianya ada di lubang-lubang kecil ini.
Nah, sama dengan kebahagiaan yang kamu tanyakan. Buatlah lubang dan biarkan dia terbuka di dalam hatimu. Kerana tanpa kamu pernah membuka hati, sama halnya kamu tidak pernah memberi kesempatan pada hatimu sendiri dan selamanya kamu tidak akan mengenal, apa itu bahagia. Mudah kan? Apakah kau mengerti?”
“Ya, saya mengerti. Terima kasih.”
Sebab utama tidak bahagia dalam hubungan cinta, bukanlah kerana mereka tidak dicintai. Mereka dicintai, tapi dicintai dengan cara yang salah. Bahagia adalah keseimbangan. Tidak ada keseimbangan yang mampu dicapai tanpa penyesuaian. Kebahagiaan masa depanmu yang panjang itu, sangat bergantung kepada kemampuanmu untuk menemukan kebahagiaan di dalam dirimu.
Wallahu'alam.............
...ustazpenang...
No comments:
Post a Comment