Wednesday, 5 October 2011

S E D A R K A H K I T A???

S E D A R K A H K I T A???




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Selawat dan salam buat Muhammad SAW dan ke atas kaum kerabat serta sahabat-sahabatnya.
Alhamdulillah, syukur.

Masa kecik-kecik, kita diajar:
1. Ambil barang orang salah.
2. Buat salah je, cepat-cepat mengaku dan minta maaf.
3. Jangan cakap bohong.
4. Jangan suka-suka mengata orang.
5. Beradablah dengan sesiapapun tak kiralah mereka tu tak ada kena mengena dengan kita.
6. Belajar erti sabar dan tolak-ansur…

Dan segala-galanyalah. Majoriti manusia menerimanya sebagai satu nilai yang baik tanpa ada penafian. Namun bila sahaja meningkat dewasa, nilai-nilai itu dilupuskan dari kehidupan dan lahirlah manusia-manusia yang tiada perikemanusiaan. Apalagi jika mereka itu beragama Islam, ianya cukup memalukan. Kembalilah kepada nilai-nilai yang diajar sejak kecil dan hidup dalam suasana yang tenang, tenteram, harmoni dan aman. Tiada manusia yang menolak keamanan sekalipun mereka bukan Islam.

Fikir . Amal . Bertindak

[KERANA KITA MANUSIA BIASA, KITA TAK BANYAK BEZA]

Wallahu'alam..............



...ustazpenang...





No comments:

Post a Comment