Tuesday 20 September 2011

Aku di Cerminan

Aku di Cerminan

Kau lihat,
Kau saksi,
Cerminan mencanak itu kau renung.

Kau sayu,
Kau layu.
Kau lihat,
Kau saksi,
Cerminan mencanak itu kau renung.

Kau sayu,
Kau layu.
"Adilkah dunia?" Benak menyoal.

Matamu kuyu,
Tak sebundar Heliza.
Hidungmu bulat,
Tak seindah Jessica Alba.

Susukmu latar,
Susukmu gempal,
Tak segiur Madonna.
Luluh, runtuh,
Jiwa membentak.

Dambakan keadilan,
Pohon penjelasan.
"Kenapa? Aku tak seperti dia?"
Malam menyisih,
Purnama beralih,
Kau tetap bersedih.

Sedihmu menghalang segala,
Sedihmu menghapus peluang berganda.
Tanpa kau sedar,
Sinismu pada Maha Pencipta.

KurniaNya kau hina,
KurniaNya kau tak mahu terima.
Sedangkan,
Sudah jelas nampak nyata.
Termaktub kukuh firman-Nya,
Kau... Kau makhluk paling sempurna.

Mahukah lagi kau pinta,
Mata bundar penarik dosa?
Hidung indah menggegar jiwa?
Susuk menggiur perangkap nafsu jejaka?
Kau punya akal,
Bijaklah kau tentukannya.

Sedarlah Uda dan Dara,
Cerminan dunia tak hakim segala.
Buruknya gambaran,
Indah di sisi-Nya.
Apa yang utama,
Syukur nikmatnya.


وَلِلّهِ يَسْجُدُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَظِلالُهُم بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ
Hanya kepada Allah-lah sujud (patuh) segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan kemauan sendiri atau pun terpaksa (dan sujud pula) bayang-bayangnya di waktu pagi dan petang hari
(Surah Ar-Ra'd 13: Ayat 15)


Wallahu'alam.........



...ustazpenang...
 

No comments:

Post a Comment