Hati Yang Penting
Ketahuilah bahawa di dalam badan manusia ada seketul daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh badan tersebut dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh badan tersebut. Ketahuilah bahawa (daging tersebut) adalah hati. Sahih: Hadis daripada Nu'man bin Basyir radiallahu 'anhu, dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Hadis 40 Imam Nawawi, hadis no: 06.
Mata dan hati mempunyai hubungan erat yang tidak boleh dipisahkan. Segala yang dilihat oleh mata terus dihantar ke hati. apabila mata melihat sesuatu, mata dengan cepat menghantar isyarat ke hati. kemudian hati segera membuat tindakan susulan. Apa pun tindakan yang dibuat oleh anggota tubuhselepas menerima arahan daripada hati tidak akan terlepas begitu sahaja pada hari akhirat. Semua anggota tubuh dipertanggungjawapkan dan menjadi saksi setiap perkara yang dilakukan semsa hidup di dunia.
Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam Al-Qur'an, maksudnya :
"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawapannya" (Surah Al-Israk, ayat 136)
Ayat ini menjelaskan, telinga, mata, hati dan seluruh anggota badan dipertanggungjawapkan atas apa juga perkara yang dilakukan semasa di dunia. mata yang melihat, telinga yang mendengar, dan hati yang mengeluarkan arahan akan diminta menjadi saksi. Sekiranya hati seseorang itu sering membuat keputusan yang berpandukan dengan ajaran Al-Qur'an , maka berbahagialah mereka yang mempunyai hati seperti ini. Tetapi sekiranya memiliki hati yang sering membuat keputusan yang berpandukan kepada hasutan syaitan, hanya kebinasaan sahaja yang akan menimpa mereka.
وَمِنَ النَّاسِ مَن يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللّهَ عَلَى مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِDan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 204)
Wallahu'alam............
...ustazpenang...
No comments:
Post a Comment