Aku melihat sepintas lalu kereta Iswara itu meluncur pergi, membawa beberapa orang rakan-rakanku yang ingin ke tempat lain.
Hatiku bermonolog, batinku menjerit,'' Ya ALLAH, aku terlepas solat Maghrib." Aku berdiri di hadapan pintu pagar masjid dengan teresak-esak. Aku berasa sangat marah pada adik-adik sekelas denganku, juga marah pda diri sendiri.
Marah kerana tidak aku tidak berjaya mengajak mereka untuk ke masjid menunaikan kewajipan pada Penciptaku.
Melihat rakan-rakan sekelas yang selepas berbuka puasa di sebuah medan selera ikan bakar berdekatan dengan kolejku menuju ke taman permainan yang disediakan untuk kanak-kanak bermain.
Jam sudah menunjukkan 8.15 malam. Aku sudah gelisah menanti dan terus menanti mereka melayan jiwa kanak-kanak mereka sedangkan mereka sudah berumur 18 tahun.
Aku hanya memerhatikan dan setiap minit aku melihat jam tanganku dan setiap minit juga aku mengajak mereka mencari masjid di luar memandangkan surau yang disediakan tidak boleh digunakan.
Puas aku mengajak, berteriak, menjerit, namun mereka tidak mengendahkan ajakanku. Malah aku turut terdengar bisikan-bisikan perlahan, "Alaa.. aku tak mahu solat, kalau dia mahu, pergi solat sendiri.'
Sumpah, jika aku diberi peluang untuk membawa kereta tanpa lesen pada waktu itu, aku sanggup membawa salah satu dari kereta mereka pergi mencari masjid tetapi apakan daya, sudah pasti mereka tidak akan membenarkannya.
Di sini, ingin sekali meluahkan, apakah berat perintah dan arahan ALLAH untuk menunaikan solat? Apakah gunanya berpuasa dari terbit matahari sehingga terbenam matahari tetapi tidak bersolat?
Mana perginya malu mereka pada ALLAH? Aku juga khilaf. Sungguh malu aku pada-NYA. Malu kerana mereka hanya menghantar aku untuk solat, sedangkan mereka tidak menegakkan tiang mereka walaupun tiada keuzuran.
Dari saat aku melangkah ke dalam masjid sehingga Subuh menjelma, air mataku laju menitis tidak putus dan tidak berhenti. Aku berasa sangat takut dan malu pada-NYA. Ampunkan aku YA RABBI!!
Wallahu'alam............
...ustazpenang...
No comments:
Post a Comment