Di dalam sesuatu hubungan, kedua – duanya perlu memainkan peranan untuk menghidupkan suasana percintaan. Jika anda serius terhadap satu sama lain, hubungan anda perlu sentiasa berada dalam keadaan ceria dan penuh dengan kasih sayang. Kadangkala, hubungan terpisah di sebabkan tiada suasana cinta di antara anda dan pasangan anda.
Apabila berjumpa muka sentiasa masam, tiada topik untuk di bualkan. Lama – kelamaan hubungan anda akan menjadi kosong dan akhirnya terpisah. Namun, jika anda sayang pada pasangan anda, anda boleh selamatkan hubungan anda dengan memberi nafas baru dalam hubungan cinta anda. Jika anda mati akal, jangan takut, kerana kali ini WanitaSihat sediakan lima tip pasti berjaya untuk anda gunakan dalam hubungan anda.
Komunikasi.
Hubungan cinta yang tiada komunikasi biasanya akan tersungkur. Komunikasi bukanlah bermakna percakapan atau perbualan. Komunikasi yang saya maksudkan adalah komunikasi hati. Dalam hubungan cinta, hanya hati yang berkata – kata.
Apabila pasangan anda ingin meluahkan masalah, anda perlu menjadi pendengar.Jika anda tidak langsung berkomunikasi dengan pasangan anda, hubungan cinta anda akan luntur. Anda perlu sentiasa mengambil berat emosi pasangan anda. Bagi yang sudah berkahwin, tiada makna perkahwinan itu jika anda tidak bercinta dengan pasangan anda. Hubungan cinta adalah perasaan dua hala dan komunikasi perlu ada untuk menyemarakkan perasaan cinta.
Apabila pasangan anda memerlukan nasihat, anda perlu bercakap dan memberi nasihat
Apabila pasangan anda memerlukan sokongan, anda perlu memberi sokongan.
Sentiasa menyalakan api cinta.
Sentiasa nyalakan api cinta dengan memberi hadiah kepada pasangan anda. Ketika bertemu, luahkan kata – kata cinta untuk mengingatkan pasangan anda bahawa anda sangat sayang padanya.
Sentiasa beri kejutan pada pasangan anda. Pendek kata, jika hendak bercinta, tunjukkanlah kasih sayang anda kepada pasangan anda.
Sentiasa menjaga penampilan diri.
Jangan jadikan diri anda hodoh. Di saat anda bertemu dengan pasangan anda, pasangan anda sangat suka akan penampilan anda.
Penampilan anda termasuklah
• Cara percakapan anda
• Cara anda berpakaian
• Cara anda berdiri
• Cara anda melihat
Jika mahu berubah, berubahlah menjadi lebih baik seperti memakai pakaian yang lebih cantik dan bercakap dengan lebih sopan. Penampilan memainkan peranan penting dalam hubungan kerana rasa cinta terbit dari mata dan turun ke hati. Menjaga penampilan dan menjadi diri sendiri boleh menyemarakkan hubungan anda dan si dia.
Luangkan lebih masa dengan pasangan anda.
Anda akan rasa cinta jika anda dapat rasa pasangan anda sentiasa ada untuk anda.
Anda perlu pegang ayat ini iaitu jika jangan katakan diri anda cinta pada pasangan anda jika anda tidak ada bersama dengannya selalu.
Hormat dan percaya pada pasangan anda.
Sikap tolenrasi dan tolak ansur boleh menyemarakkan cinta antara anda dan pasangan anda.
Perasaan pra sangka dan kuat cemburu hanya akan merumitkan hubungan cinta anda. Anda perlu percaya dengan cinta anda dan hubungan anda akan ok.
Wallahu'alam...........
...ustazpenang...
No comments:
Post a Comment