Tuesday, 20 September 2011

Kerana Rakan, Diri Terjebak Dengan Zina

Kerana Rakan, Diri Terjebak Dengan Zina

Siti (bukan nama sebenar) sudah pun bekerja di sebuah syarikat dalam bahagian pemasaran. Beliau memiliki diploma dari sebuah universiti tempatan.

Siti hanya pergi kerja pada waktu pagi dan pulang pada waktu tengah malam. Itulah sahaja aktiviti beliau seharian tanpa memikirkan pasal orang lain sehingga beliau mengetahui salah seorang kawan telah mempunyai teman lelaki. Beliau rasa amat iri hati dengan kawannya. Faktor kawan menyebabkan Siti terpedaya dengan fitnah dunia.

Peristiwa malang bermula apabila dia bertemu dengan seorang pelanggan lelaki iaitu Ali (bukan nama sebenar). Setelah pertemuan itu, Ali sentiasa bertanya khabar, menelefon dan berSMS dengan Siti. Hal ini menyebabkan Siti jatuh hati kepadanya.

Hidup Siti berubah selepas itu. Siti berkerja pada waktu siang, tetapi malamnya dihabiskan dengan keluar malam bersama Ali sehingga ditakdirkan beliau mengandung.

Pada ketika itu beliau berasa tidak tahu ingin membuat apa-apa. Ali berjanji untuk bertanggungjawab dengan perkara tersebut, namun hanya manis dengan kata-kata tetapi tidak indah dari tindakannya.
Akhirnya Siti ditinggalkan bersendirian dengan kandungannya sehinggalah dia dikenalkan dengan rumah perlindungan Raudhatus Sakinah.


Apabila ditanya tentang masa depannya, Siti berazam untuk menjadi seorang isteri solehah dan seorang ahli perniagaan yang berjaya.
**********

Perkongsian pengalaman Siti menunjukkan bahawa pengaruh rakan amat penting. Andai kita berkawan rapat dengan orang-orang yang baik dan soleh, insyaAllah ia akan membantu kita untuk menjadi seorang yang baik.

Jika kita berkawan rapat dengan orang-orang berjaya, insyaAllah suatu hari nanti kita juga akan berjaya.

Selain itu, kita tidak boleh membiarkan masa lapang kita dihabiskan dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.

"Jika kita tidak disibukkan dengan urusan kebaikkan, nescaya kita akan disibukkan dengan urusan kebatilan." - Hassan Al-Basri

Wallahu'alam.............



...ustazpenang...

No comments:

Post a Comment