Monday, 5 September 2011

Waktu Yang Melalaikan

Waktu Yang Melalaikan


paradigma mukmin

Hari pertama, tahajudku tertinggal
Dan aku begitu sibuk akan duniaku hingga zuhurku,
Ku selesaikan solat zohor disaat asar mulai memanggil.
Dan petangnya ku lewati sahaja masjid
yang mengumandankan azan magrib,
Dengan niat ku hadirkan diri pada waktu Isyak
Itupun terlaksana setelah semua assignment  selesai.


Hari kedua, tahajudku tertinggal lagi
dan perkara  yang sama aku lakukan sebagaimana hari pertama


Hari ketiga , aku lalai lagi akan tahajudku
Sahabatku memberi hadiah novel best seller yg lebih dari 200 halaman
Dalam waktu tidak 1 hari aku telah selesai membacanya tetapi…
Enggan sekali aku membaca Al-Qur’an walau cuma 1 muka  Al-Qur’an
Yang ku hafal itu pun dengan tersekat – sekat.
Tetapi… ketika sahabatku bertanya tentang novel tadi
betapa mudah dan lancarnya aku menceritakan.


Hari keempat, kembali aku lalai lagi akan tahajudku
aku lebih suka mencari bahan hiburan dengan rakan
betapa sulitnya aku merangkai kata-kata untuk ku panjatkan saat berdoa.


Hari kelima, aku lupa akan tahajudku
Dalam solat jumaat ku pilih saf paling belakang
Dan aku mengeluh saat imam solat jumaat  lama bacaannya,
Padahal  betapa nikmatnya seru ku saat menonton bola sepak kegemaran ku malam tadi


Hari keenam, aku semakin lupa akan tahajudku
Aku habiskan waktu di shopping mall
Dan jalan – jalan  bersama rakan – rakan demi memuaskan nafsu mata
Aku lupa… sewaktu pengemis menepuk bahu ku,
Hanya RM1 ku berikan tanpa menoleh kepadanya.
Betapa sombongnya..


Hari ketujuh, bukan hanya tahajudku tetapi subuhku pun tertinggal
Aku bermalasan di tempat tidurku menghabiskan waktu lapang
tiba -tiba  aku tersentak kaget mendengar khabar
Sahabatku kini telah terbungkus kain kafan
padahal baru malam tadi aku bersamanya
Dan malam tadi dia dengan miscallnya mengingatkan aku tentang tahajud.


KEMATIAN
kenapa aku baru gementar mendengarnya?
Padahal dari dulu sayap-sayapnya selalu mengelilingi aku
dan ia boleh hinggap bila – bila pun ia mahu.
Sesungguhnya aku kurang mensyukuri walaupun KAU kau tak pernah meminta


Ya Allah, andai ini merupakan suatu titik Hidayah
Walaupun iman ku belum sehujung kuku hitam
Aku hanya ingin detik ini hingga nafas ku yang akhir nanti
Mengharap tahajud dan solatku meninggalkan bekas
saat aku melipat sajadahku..
Allahuma Amin ya Allah..

Wallahu'alam............



...ustazpenang...


No comments:

Post a Comment