Saturday, 17 September 2011

Mencari Redha-Mu..

Mencari Redha-Mu..

Malam hening ini di penghujung bulan-Mu
tiada bintang mengerdip memberi izin
buat mencari sinar yang dikhabarkan
menanti benih redha-Mu
yang mahu Kau tunjukkan
jika melihatnya dengan mata iman..

Aku serahkan
penghakiman ini pada-Mu Ya Allah
kerana dalam mengaku sujud
ada ruang-ruang yang tak ku isi penuh
ada rongga-rongga dusta yang bersahutan
merampas khusyukku..

Ya Tuhan
bulan seribu tahun yang kau hadiahkan
ku kutip tidak separuh pun
ku hidu tak terbau pun
ku dakap tak terasa pun
ku tinggalkan tak terkesan pun

Apakah aku yang bersalah???

Wallahu'alam...........



...ustazpenang...

No comments:

Post a Comment