Monday, 21 May 2012

AMALAN BULAN REJAB

AMALAN BULAN REJAB







~ Bersolat dan buatlah solat Qado' sebanyak mungkin di samping solat-solat 


sunat mengiringi solat fardhu. Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat 


sunat Taasbih.



~ Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, 


minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada 


azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga.

Dalam Syahrullah (Bulan Allah), di ampunkan dosa-dosa orang yang meminta 


ampun dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Sekiranya di tambah dengan berpuasa 


Rejab wajib baginya;



-di ampunkan dosanya yang lalu.



-di peliharakan Allah s.w.t umurnya yang tinggal...terlepas dari dahaga di hari kiamat.

~ Berzikir; 100 kali selepas solat Subuh dan Asar.



(a) لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ (Tiada Tuhan Melainkan Allah),
(b) الله ُ اَكْبَرُ (Allah Maha Besar)



(c) Baca setiap hari 10 kali:


لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ قَبْلَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ بَعْدَ كُلِّ اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ يَبْقَى رَبُّنَا وَيَفْنَى كُلُّ اَحَدٍ.



Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah 


sesudah tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah kekal Tuhan kita dan fananya 


tiap-tiap sesuatu.

~ Bertasbih: Setiap satu, 100 kali



(a) سُبْحَانَ اللهِ رَبِّيَ اْلاَ عْلَى.
Maha suci Tuhan yang Maha Tinggi.

(b) سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ.
Maha Suci Allah dan dengan segala pujianNya, Maha Suci Allah yang Maha Agong.

(c) سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ اَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ.
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah, 


Allah Maha Agong, tiada suatu daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha 


Tinggi lagi Maha Agong.

PEMBAHAGIAN : (jika nak teratur laa..)



~ 1 – 10 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ الْحَيُّ الْقـَيُّوْمِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus.

~ 11 – 20 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ اْلأَحَدِ الصَّمَدِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Esa lagi Maha Diperlukan.

~ 21 – 30 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ اللهِ الرَّؤُفِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Memaafkan.

TAMBAHAN....
~ 1 – 30 Rejab, dibaca 80 kali selepas Subuh & Asar:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِى وَتُبْ عَلَـيَّهِ.



Ya Allah! Ampunilah daku dan rahmatilah daku serta daku bertaubat kepada-Nya.

وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ وَحَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَىْ 


وَنِعْمَ النَّصِيْرُ. اَلله ُ الْكَافِى اَلله ُ الْشَّافِى اَلله ُ الْمُعَافِى.



Dan tiada daya dan upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Mulia lagi 


Maha Agung. Dan cukuplah Allah tempatku berlindung, sebaik-baik pemerintah dan 


tempatku meminta pertolongan. Allah yang Maha Mencukupkan, Allah yang Maha 


Menyembuhkan, Allah yang Maha Menyihatkan!.

KERAPLAH...SELAWAT & ISTIGHAR.. :



~ Selawat: 10 atau 100 kali.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيَّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ سَيَّدِنَا مُحَمَّد.
Ya Allah, sejahterakanlah Nabi Muhamad saw dan ahli keluarganya.

~ Istighfar 70 atau 100 kali pagi dan petang.
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ.
Daku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agong dan daku bertaubat kepadaNya.

~ Istighfar kepada ibu bapa, seberapa banyak yang boleh;
رَبِّ اغْفِرْلِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا.
Ya Tuhanku! Ampunilah daku dan dua ibu bapaku dan rahmatilah keduanya 
sepertimana mereka mendidikku sewaktu kecil.



Paling tidak pun masa FB...
~ Membaca surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya 11 kali setiap hari atau apa-apa 
surah dari Al-Quran.
 


Wallahu'alam........


...ustazpenang...

No comments:

Post a Comment