Friday, 11 May 2012

Bernikah Kerana Amukan Asmara Atau Kerana Simpati???

Bernikah Kerana Amukan Asmara Atau Kerana Simpati???





Berkahwin Kerana Tidak Tahan Amukan 
Asmara Yang Memuncak...
Rasa tertarik, simpati tu kagum yang sering disalah ertikan 
sebagai cinta. Padahal sangat perlu diyakinkan bahawa asmara 
itu bukan sekadar cinta. Asmara akan cepat berubah oleh rupa, 
harta, tempat dan keadaan. Asmara itu buta, tidak tahan lama 
dan tidak tahan diuji.  Tetapi, perasaan cinta perlu diuji dalam 
suka dan duka dengan mata terbuka.
Sejauh mana dia berani menerima kita dengan seadanya. 
Menerima kelebihan, juga mahu menerima kekurangan kita. 
Tetap menerima kita, tanpa memilih yang satu dan meninggalkan 
yang lainnya.
Ada kalanya, memang pertemuan awal akan membuatkan kita gelap mata
Pesonanya yang luar biasa, menutup semua akal dan 
pertimbangan kita. Sehingga nasihat dan saranan dari keluarga 
hanya berlalu begitu sahaja tanpa mahu mengendahkannya. 
Semuanya menjadi sangat gelap. Keegoaan kita memuncak 
hingga ke langit-langit diri. Jiwa kita menjadi sangat kerdil saat 
melawan asmara yang hadir menyapa hati.
Cubalah berfikir ke masa yang akan datang. Apa sahaja risiko 
dan pertimbangan yang perlu kita fikirkan. Apakah ia sesuai 
diamalkan kepada diri kita, keluarga dan agama kita?
Semua perkara perlu difikirkan dengan matang 
dan bukan terburu – buru. Ya, berkahwin kerana 
awal kerana takut terjebak maksiat itu baik, 
tetapi hendaklah berlangsung dengan tenang, matang 
dan direstui. 
.
Berkahwin Kerana Simpati
Simpati atau rasa kasihan memang baik dan harus ada dalam 
hidup kita, tetapi tidak boleh menjadi dasar kepada pernikahan. 
Perasan kasihan akan tamat, tetapi perasaan kasih tidak 
akan berkesudahan. Dasar pernikahan adalah kasih sayang, 
bukan kasihan. Kalau perasaan kasihan ini kelak berakhir, 
maka sebuah hubungan pernikahan tidak akan boleh bertahan.
Kerana faktor yang membuat rasa kasihan itu sudah hilang. 
Dia sudah bahagia, dia sudah tidak bersedih lagi, tapi mengapa 
dia harus dikasihani lagi??? Cintailah dia dengan tulus ikhlas 
bukan kerana rasa simpati atau kasihan semata – mata.
Tetapi  apakah perasaan cinta itu berasal dari
perasaan simpati???Mungkin juga. Kerana
perasaan kasihan menuntut kita untuk berbuat 
sesuatu kepada orang yang kita kasihani. Di situlah 
nantinya proses ini akan terus berkembang. 
Lambat laun akan bertukar menjadi perasaan sayang.


Wallahu'alam.......


...ustazpenang... 

No comments:

Post a Comment