Sunday, 13 May 2012

Kerana Jarak...

Kerana Jarak...





Kerana jarak  engkau putuskan aku..
Kerana jarak engkau tinggalkan aku..

Tahukah engkau yang sebenarnya jarak itu ada hikmahnya???
Supaya kita tidak banyak melakukan dosa..
Tahukah engkau Allah menjarakkan kita supaya kita 
mencintai-Nya lebih dari segalanya???
Dan tahukah engkau yang Allah menjarakkan kita supaya 
kita merindui-Nya dahulu sebelum kita merindui sesama sendiri???

Sesungguhnya aku bersedih apabila diputuskan tetapi aku 
bersyukur kerana jaraklah aku meletakkan cintaku padaNya
lebih daripada dirimu.
Dan aku redha dengan perpisahan ini kerana aku yakin kita 
bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah.
Dan tidak mustahil kita akan bertemu kembali keranaNya. 
Aku kembali bangun dari jatuh tersungkur kerana Allah sayangkan aku. 
Walaupun aku rasa Allah jauh tetapi sebenarnya Dia dekat dihatiku.
Selalu mendengar rintihan dan doa-doa yang kupanjatkan.

Sesungguhnya jika kita kembali bersatu atas jalan 
cinta yang diredhaiNya, 
Cuma satu pesanku, janganlah engkau menjadikan jarak
ini sebagai satu penghalang untuk cinta yang 
diredhaiNya kerana apabila Allah mengkehendaki sesuatu, 
maka jadilah ia. 
Walau jauh kita berpisah, walau jarak 
yang menjadi penghalang cinta kita, 
percayalah kalau sudah tertulis di Luh 
MahfuzNya yang engkau adalah untukku, 
sejauh mana kita mengelak sekalipun, 
kita akan disatukan kembali keranaNya. 
Wallahu'alam.......




...ustazpenang... 

No comments:

Post a Comment