Qum, Faanzir !
Bangkit dan berdirilah. Susun barisan dan kekuatan.
Barisan dan kesatuan Umat. Kobarkan semangat dan seruan.
Seruan kepada kebenaran dan peperangan terhadap kebathilan.
Gemakan sentiasa Kalam Illahi, kumandangkan selalu suara
dan seruan kebenaran. Hingga seruan itu samapai kepada
setiap manusia. Gempitakan kepada dunia dan kepada manusia
ajaran agama Tauhid, ajaran Cita dan Cinta.

Warabbaka fakabbir !
Besarkan Tuhanmu, di atas segala ! Tak ada menyamai
Kebesaran-Nya. Tiada kekuasaan yang menyamai
Kekuasaan-Nya. Tiada urusan atau kepentngan yang
lebih daripada urusan dan kepentingan menjalankan
perintah-Nya. Semuanya kecil di hadapan Allahu Akbar.
Fana, lenyap dan binasa segala dalam keBaqaan-Nya.
Tiada harapan selain kepada keredhaan-Nya belaka.
Tiada kesulitan apabila Ruh telah bersambung dengan Allah.
Semuanya amat mudah bagi-Nya.

Wathiabaka fatohhir!
Bersihkan dirimu, lahir dan batinmu! Hanya dengan kesucian
ruh, Amanah dan Risalah ini dapat engkau jalankan. Risalah dan
Amanah ini adalah suci. Dia tidak boleh dipegang oleh
tangan yang kotor, jiwa yang berlumuran dosa dan noda.
Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas
dan beban berat dakwah ini. Suci dan menyucikan, itulah
peribadi Mukmin yang sejati. Tangan yang berlumuran darah
maksiat tidak mungkin akan mampu berbuat kebaikan kepada
dunia dan manusia. Jiwa yang kotor dan penuh dosa tidak
mungkin akan memberikan isi dan erti pada dunia dan manusia.

Warrujza fahjur !
Jauhilah maksiat, Dosa itu akan menodai dirimu, akan
menghitamkan wajah hatimu. Engkau tidak akan sanggup
menghadap, jika mukamu tebal dan hitam dengan dosa dan
maksiat, Namamu akan cemar di hadapan Rabbul Izzati kalau
larangan-Nya tidak enggkau jauhi. Bersihkanlah dirimu,
keluargamu, masyarakat, bangsamu dari kemaksiatan dan
kemungkaran. Makruf yang harus ditegak dan mungkar
yang harus ditumbang, adalah program perjuanganmu. Al-Haq
yang dimenangi dan bathil yang harus dibinasakan, adalah
acara dan jihadmu.

Wala tamnun tastakthir!
Jangan engkau memberi kerana harap balasan yang banyak!
Jalankan tugas ini tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran
dari manusia. Menjalankan tugas adalah berbakti dan mengabdi,
tidak mengharapkan balasan dan pujian, keuntungan benda
dan material. Kekayaan manusia tidak cukup untuk membalas
kerja Dakwahmu yang tidak ternilai itu. Jalankan tugas ini
kerana hanya mengharapkan keredhaan Allah.

Walirabbika fasbir!
Kerana Tuhanmu, hendaklah engaku bersabar! Lakukan
tugas dakwah ini dengan segala kesabaran dan keteguhan.
Sabar menerima musibah yang menimpa, ujian yang silih
berganti. Sabar menahan dan mengendalikan diri. Tidak putus
asa dan hilang harapan atau kecewa melihat hasil yang ada atau
tidak seimbangnya hasil dan pengorbanan yang diberikan.
Hanya dengan sabar akan menyampaikan engkau kepada tujuan.

~Surah Al-Muddatsir:2-7~
Wallahu'alam...
...ustazpenang...
No comments:
Post a Comment