Sunday, 13 May 2012

Cinta Seorang Pendakwah

Cinta Seorang Pendakwah





Jatuh cinta bagi seorang aktivis dakwah bukanlah perkara biasa. 
Dalam konteks dakwah, jatuh cinta adalah gerbang pengembangan 
pergerakan. Menurut konteks pembinaan, jatuh cinta  adalah 
naik marhalah. Konteks keimanan pula, jatuh cinta pula adalah 
bukti ketundukan kepada sunnah Rasulullah SAW dan jalan 
meraih reda Allah.
Maka persoalannya bukan pada bagaimana memilih seseorang 
yang paling cantik atau yang paling tampan, melainkan seseorang 
yang paling tepat untuk menjadi pendamping hidup. Seseorang 
yang tahu bagaimana mengemudi bahtera rumah tangga agar selalu 
dalam bingkai keluarga daie.
Oleh kerana sejak awal meniti jalan menuju perkahwinan harus 
dimulai dengan niat yang benar usaha yang dilakukan pun juga 
benar dan tidak melanggar syariat. Tidak perlu adapercintaan Islamik,
tunangan syarie dan menggantung status.
Kata – kata, “Awak, tunggulah saya. Saya akan mengahwini awak 
dua tahun lagi”  tidak perlu ada. Sebab kata-kata ini tidak 
mengandungi kejelasan. Ia hanya menjanjikan sesuatu yang  tidak pasti. 
Pada hakikatnya dia pun juga tidak  perlu berjanji seperti ini. Janji ini 
seolah-olah tanda jadi atau pengikat, padahal ia buknn seperti itu. 
Ia hanyalah pelega dan syurga telingan sahaja. Ini kerana janji 
berkahwin dua tahun lagi tidaklah dapat dikatakan sebagai sebuah niat 
proses perkahwinan secara syarie
Kita juga tidak perlu menggantung status sebuah hubungan. Lelaki 
dan wanita apabila mereka merasa sudah sangat dekat dan sangat 
akrab akan sering mencurah rasa hati, bertukar pendapat dan 
diskusi. Mereka saling memberi harapan, tapi mereka tidak mahu
disebut sebagai sedanng bercinta. Hubungan hati  mereka sudah 
selayaknya dua sejoli, tapi mereka  menolak disebut percintaan. 
Mereka lebih selesa dengan gelaran BFF atau penuhnya, 
Best Friend Forever. Hubungan seperti inilah yang 
sering kita sebut hubungan menggantung, tergantung dan tidak jelas. 
Si lelaki tak berani untuk jujur berkata ingin berkahwin dan 
wanita pun malah menikmati hubungan itu.
Jadi sebaiknya sebagai  seorang pendakwah 
segala sesuatu harus dijadikan teladan. Bagaimana 
diri kita menjadi contoh yang baik bagi masyarakatnya. 
Tidak perlu percintaan Islamik, tidak perlu membuat janji, 
tidak perlu menyeksa wanita dengan hubungan yang 
tidak jelas statusnya. Bila memang ingin berkahwin 
maka tekan minyak. Namun bila tidak mahu silakan 
tekan pedal brek sekuatnya, dan lepaskan bila kita 
sudah merasa bersedia segalanya.
Siapakah pendakwah-pendakwah itu???
Jawapannya, kita semua.. 

Wallahu'alam.....

...ustazpenang...

No comments:

Post a Comment