Sunday, 13 May 2012

Membina Jaringan Kawan Yang "BERAGAMA"

Membina Jaringan Kawan Yang "BERAGAMA"





Seperkara yang patut kita mohon kepada Allah SWT di dunia 
ini adalah perlindungan daripada berlakunya sebarang bentuk 
penyimpangan yang bakal menjauhkan kita daripada Allah SWT. 
Wal ‘iyazubillah.
Lebih menakutkan apabila seseorang yang telah menyimpang 
dari jalan kebenaran itu akhirnya langsung tidak bertemu jalan 
pulang kepada petunjuk Allah SWT.
Biasanya “penyimpangan” seseorang itu berpunca daripada 
beberapa asbab. Diantaranya adalah melalui pergaulan. 
Ramai yang kurang kesedaran bahawa pergaulan yang rosak 
dan komunikasi yang negatif adalah antara asbab yang menyumbang 
kepada penyimpangan hidup. Kerosakan boleh berlaku 
didalam pergaulan apabila seseorang itu mula bercampur, 
bergelumang dan cepat terpengaruh dengan rakan – rakan yang 
keras hati, degil, nakal dan jahat.
yang melindungi kita. Tak kira teman seperjuangan, sekerja, 
sepejabat, sebilik atau sekampung. Demikian juga kawan dalam 
berpolitik, dalam berparti, dalam berpesatuan dalam 
jemaah, dalam berhibur dan sebagainya. Pengaruh kawan 
itu amat kuat sekali dalam pembentukan agama, akhlak 
dan syaksiah seseorang. Benar sabda Nabi SAW: 
“Seseorang itu adalah menurut agamanya. Maka perhatikan 
siapakah teman kamu” (Riwayat at-Tirmizi)
Kawan-kawan yang baik dan soleh hendaklah dicari, 
manakala teman – teman yang “kurang baik” (jahat dan fasik) 
hendaklah dijauhi. Bagi orang yang faqih (faham) lagi 
mutadayyin (beragama), persoalan mengenai siapakan kawan 
kita akan ditangani penuh cermat dan bijaksanana. Soal 
menentukan siapakah kawan-kawan kita bukanlah soal trial 
and error atau soal yang remeh – temeh. Ia termasuk dalam 
perkara aulawiyyat atau utama. Daripada awal-awal 
lagi Nabi Muhamad SAW menitikberatkan persoalan ini supaya
 “pintu-pintu” kerosakan dan kejahatan dapat ditutup.
Mungkin kita berpendapat kita berkawan dengan seseorang 
yang kurang baik itu atas alasan untuk membawanya kembali 
ke jalan yang benar. Sebagai contoh kita berkawan dengan 
kaki clubbing dan kaki minum. Harus kita ketahui bahawa amat 
sukar dan sulit sekali untuk diperbetulkan seseuatu kejahatan 
dan kemaksiatan yang sudah menjadi tabiat, sebati dan 
mendarah daging dengan diri seseorang. Kecuali orang yang 
benar-benar dihendaki Allah SWT.
Ya, kita memang sepatutnya tidak patut berputus asa dalam 
membawa seseorang kearah kebaikan. Tapi dalam konteks 
kita sebagai insan yang biasa, ilmu pun sikit-sikit lagi, iman 
pun masih terumbang-ambing,  tak perlulah menjadikan mereka 
sebagai “teman akrab”. Cukuplah sekadar teman biasa, yang 
sekadar memberi nasihat dan mendoakan mereka. Tak perlu 
ikut serta setiap ajakan mereka. Niat asal untuk membawa 
mereka keluar dari kegelapan bertukar dengan kita pula ditarik 
masuk menyertai mereka, itu yang kita bimbang.
“kalau orang yang jahat berkawan lagi dengan 
orang yang jahat lagi jahatla jawabnya. Alasan 
mereka sebab orang2 yang baik ni tak nak 
berkawan dengan mereka.kita yang baik ni 
kenalah didik dan bimbing mereka bukannya 
menyisihkan mereka..”
Walaupun mereka jahat, jangan la kita bertindak dengan 
menyisihkan mereka, selagi mereka tidak memudharatkan kita. 
Berkawan tapi tidak rapat. Faham tak? Bukan memulaukan mereka. 
Tak perlu join aktiviti mereka sekali dengan alasan nak 
“cucuk jarum slow-slow”.  Jika ingin mencuci tong najis, tak perlu lah 
terjun ke dalamnya. Cukuplah sekadar mencucinya dari luar..
 Jika setelah bergaul dengannya ternyata sendi-sendi keagamaannya 
menjadi semakin lemah dan menurun, sedangkan kejahatan dan 
keburukannya semakin banyak. Maka pergaulan tersebut telah 
membahayakan agama dan hatinya secara nyata. Sekiranya 
pergaulan tersebut dilanjutkan, maka akan membawa keburukan 
dan bahaya besar baginya. Semoga Allah melindungi kita darinya.
“Dan (ingatlah) hari (ketika) orang yang zalim 
menggigit kedua-dua belah tangannya seraya 
berkata, ‘Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil 
jalan bersama para rasul. Kecelakaan besar 
bagiku; Kiranya aku (dulu) tidak menjadikan 
si fulan itu (sebagai) teman akrab (ku). 
Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari 
al-Quran ketika al-Quran datang padaku. 
Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong 
manusia.” [Al-Furqan: 27-29]
Menurut ayat diatas , amat ketara dan terserlah penyesalan 
itu berlaku, bina segera jaringan kawan-kawan yang 
soleh yang bukan sahaja akan menasihati kita, mendoakan 
kita, menjadi contoh kepada kita, bahkan akan menjadi jiran
tetangga kita di laman (syurga) Firdausil A’la.
~ Permisalan teman duduk yang baik adalah 
seperti penjual haruman misk (wangian yang 
paling mahal dan harum). Boleh jadi dia memberimu, 
atau engkau membeli wangiannya atau engkau 
mencium keharuman wangiannya. Sedangkan 
misalan teman duduk yang buruk adalah seperti 
tukang besi. Boleh jadi dia membakar pakaianmu, 
atau engkau akan mencium aroma busuk darinya ~


Walahu'alam......


...ustazpenang... 

No comments:

Post a Comment