Isu Aurat – Debat Ustaz vs Gadis Liberal
Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask
something from you…!!”
Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”
Gadis Liberal :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?
Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana
tak patuh perintah Allah.!!
Gadis Liberal :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai
dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh
nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…
mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit
namanya ustaz…..”
Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah
termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan
membuka pintu kepada zina”
Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masa
sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum
wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan
sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok
orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”
Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”
Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya
takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”
Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya
berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”
Gadis Liberal :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan
diperdaya..dirogol…diragut
Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang
perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang
menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka
selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan
sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu
seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang
bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…
berdua-
membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara
dua pasangan sejoli…!!”
Gadis Liberal :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan
ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”
Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah
tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini
dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri
yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai
insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami
dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan
yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya
menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…
apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah
bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan
yang sah.”
Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya
tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara
mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”
Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….
menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…
kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut
akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..
maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…
kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita
diazab di dalam neraka…..!!”
Gadis Liberal :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh
supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…
tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong
orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka
mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan
suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”
Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung
walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…
sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….
tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa
diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya.
tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita
akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika
tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita
mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi
pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..
akhlaknya…disebab
manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan
aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…
sombong..
Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan
diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah
selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh
tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”
Gadis Liberal :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma
dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri
mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang
sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……
munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia
dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”
Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..
bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..
berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh
ditangguh-tangguh…….beruba
kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak
sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila
tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh
hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make
your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya
bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena
tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung
menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke
detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu
calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmm
tua la tak kahwin jawabnya”
Gadis Liberal :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah
saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu
betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…
barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin
ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan
perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti
terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh
susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”
Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari
kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”
Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf
sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”
Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”
Wallahu'alam........
...ustazpenang...
No comments:
Post a Comment