Di saat kita jatuh cinta di usia remaja, marilah kita
pastikan sekali lagi, apakah benar ini cinta? atau hanya
perasaan kagum yang hadir secara tiba – tiba? kita tidak mampu
menahankekaguman pada dia yang sangat cantik jelita,
hensem dan kacak. Kita tidak mampu menahan dari
berkata kepada dia, “cantiknya!” “hensemnya!”
Apakah ini hanya perasaan sesaat kita sahaja????
Atau benar – benar cinta????
Boleh jadi ia hanya perasaan sementara kita sahaja. Kita
yang masih muda, beranjak dari masa kanak – kanak
kita, kemudian menduduki usia remaja dan sangat memungkinkan
mengalami perasaan ini. Mencuri – curi pandang gadis di pinggir
jalan, memandang dengan perasaan malu tapi mahu. Hanya sekadar
kagum dan mencuba menjadi orang yang istimewa di hatinya.
Hanya ingin tahu siapa namanya, ingin sekadar hanya ingin tahu
dimana rumahnya dan hanya ingin bahagia saat melihatnya. Ini
hanya sesaat sahaja, ini hanya cinta monyet.
Kita berasa ingin menjadi seperti orang lain, yang memiliki
teman istimewa, sentiasa berSMS, berjalan berdua-duaan di
pusat membeli belah atau keluar melihat wayang selepas pulang
dari sekolah atau kuliah. kita ingin menjadi seperti itu. Sebuah
keinginan yang bukan kerana cinta, tetapi hanya
sebuah ikut – ikutan. Definisinya pun kadang – kadang ramai
diantara kita tidak tahu.
Teliti lagi, apa itu cinta? Atau ia hanya perasaan kita yang ingin
mendapatkan perhatian? Selama ini kita kurang mendapatkan
perhatian dari orang tua. Kita ingin dimanja, kita ingin diperhatikan
dan dihargai sebagai seorang manusia. Dicintai sepenuh hati,
disayangi sepenuh kasih sayang dan dimanusiakan sebagai
seorang manusia. Apakah perasaan itu yang mendominasi kita???
Perasaan yang sangat manusiawi dan tidak perlu mencintai
wanita cantik bila kita memerlukannya.
Kita seharusnya mencintai ibu bapa, yang akan memberikan
segalanya kepada kita. Boleh jadi ini hanya sebelum ini kita
tidak pernah melihat wanita cantik atau lelaki kacak.
Sehingga sekali melihatnya, kita terkena pesonanya.
Kita tidak berkuasa menahan godaannya dan kemudian
terbelit lantaran kecantikannya dan kekacakkannya.
Ini bukan cinta, ini hanya perasaan sementara sahaja.
Masa muda, hanya merasakan apa itu
perasaan, tetapi tidak pernah tahu apa
erti perasaan itu. Boleh jadi ini hanya
feeling simpati, tafsiran sahaja. Kita
berasa ingin memuji dan kagum dengan
peribadi dia, dengan cantiknya dia dan
Wallahu'alam.....dengan apa yang dia miliki sekarang.
...ustazpenang...
No comments:
Post a Comment