“Allah, Engkau Maha Penyayang.”
Seharusnya, saya lebih serta banyak puji – memuji DIA.
Kerana itu milikNya. Ia lebih membawa erti, pada hidup ini.
Ia menimbulkan rasa – rasa yang terbit dalam hati iaitu ketenangan
yang sering diimpikan.
“Allah, Engkau Maha Kekasih.”
Tidak kira apa pun, DIA senantiasa menemani diri ini.
Sejak dahulu lagi. DIA lah kekasih yang bersama – sama dan
setia bilamana hidup ini dilimpahi ujian – ujian yang datang menyinggah diri.
Alangkah, indahnya hidup ini jika kita menjadi manusia
yang kenal dan mengenali erti syukur. Kita mungkin
tidak akan jatuh ke dunia yang memberi kelalaian hidup ini.
Hidup yang berTuhankan hawa nafsu, ia benar – benar
merugikan diri. Syaitan pula, tidak pernah berhenti untuk
menarik diri ini ke dalam nikmat neraka jahanam.
Sering ditewaskan dan tertewas. Saya lemah…
“Allah, Engkau Maha Pemaaf dan Maha Pengampun.”
Maafkan hambaMu ini, kerana sering menzalimi diri, sering
melakukan kesilapan diri, sering lupa diri dan menjauhi diri,
dan sering hidup dikelilingi dosa – dosa yang keji.
“Ya Allah yang maha memberi petunjuk
kepada kebaikan dan membantu hamba – hambaNya
ke arah kebaikan, kurniakanlah petunjuk kebaikan
kepada kami dan bantulah kami ke arahnya.
Kurniakanlah petunjuk kepada kami untuk
sentiasa kembali kepadaMu, turunkanlah kepada
kami pemberianMu. Dan berkatilah kami, ibadah
kami, hidup kami dan lindungilah kami serta mereka
yang meyakini bahawa Rasulullah saw sebagai Nabi.”
Aku redha Allah SWT sebagai Tuhanku, Rasulullah SAW
sebagai Nabi dan Rasulku, dan Islam sebagai Agama dan Hidupku.
Wallahu'alam....
...ustazpenang...
No comments:
Post a Comment