Thursday, 24 May 2012

Sebenarnya, Aku Islam Apa???

Sebenarnya, Aku Islam Apa???







"Sejak bila kau beragama Islam???"
"erm.. aku Islam sejak lahir lagi."
Soalan mudah, jawapanpun ringkas. Begitulah pengakuan yang 
diberikan sekiranya kita dilahirkan oleh ibu bapa yang memang beragama 
Islam. Pengakuan 'aku Islam sejak lahir' itu sememangnya tidak dapat 
disangkal. Namun, sejauh mana kebenaran pengakuan yang hanya 
terbit dari bibir???

Mengaku Islam dengan bicara lidah semata-mata sebenarnya boleh 
meragukan. Lidah tidak bertulang, amat mudah digerakkan untuk 
menyusun kata sekalipun bertentangan dengan hal yang sebenar.
Fikir-fikirkan semula.. itu pengakuan lidah. Bagaimana pula dengan 
pengakuan hati kita? Bagaimana dengan pengakuan tindak-tanduk 
kita??? Benarkah kita Islam sejak lahir???

Mari luangkan sedikit masa, rungkaikan persoalan-persoalan ini 
dengan mengimbau seketika kehidupan yang kita jalani sekarang ini. 
Adakah dalam kehidupan, kita benar-benar menjadikan Islam sebagai 
cara hidup??? Jawabnya mudah, sebelum dipersoalkan semua ajaran-ajaran 
Islam, periksalah solat kita dulu. Solat yang berkualiti merupakan 
antara bukti kukuh untuk membuktikan bahawa kita adalah 
penganut agama Islam.

Bagaimana keadaan solat kita? Adakah kita suka solat??? Suka dan 
senang hati melaksanakan solat lima waktu sehari semalam tanpa 
sengaja dilewat-lewatkan???
Bagaimana pula dengan penjagaan aurat seperti yang telah 
digariskan dalam Islam??? Adakah kita suka menutup aurat??? 
Suka dan senang hati menjaga batasan aurat dengan sempurna???
Jawablah dengan hati yang terbuka..
Sekiranya jawapan kita adalah "tidak suka" atau "belum suka" , 
ketahuilah bahawa terdapat sedikit kesilapan dalam pengakuan
keislaman kita sebentar tadi. Kita hanya mengaku dibibir tetapi 
tidak pada perbuatan.

Periksalah diri kita.. Kita tahu bahawa penganut Islam diwajibkan 
untuk melaksanakan solat dan menutup aurat, tapi mengapa kita 
abaikan??? Mengapa kita masih melengah-lengahkan solat??? Lebih
teruk lagi, mengapa kita sanggup meniggalkan solat??? Aurat pula, 
terdedah sana..terdedah sini.. tidak malukah kita? Penampilan imej kita 
kadang-kadang tiada beza dengan orang yang bukan Islam. Sama saja. 
Sama-sama tidak patuh dengan perintah Allah.

Entah bagaimana pula dengan peraturan-peraturan lain yang telah digariskan 
dalam Islam. Diamalkan secara keseluruhan atau separuh-separuh??? 
Atau hanya diamalkan sekiranya ada kepentingan diri??? Jawapannya 
ada pada diri kita. Nilailah..

Lalu kita Islam apa sebenarnya??? Kita Islam apa???
Tidak lain tidak bukan, kita sebenarnya hanyalah 'ISLAM KEBETULAN'.

Ya.. kita menjadi Islam hanya kerana kebetulan.. Kebetulan dilahirkan 
dalam keluarga yang digelar Islam, lalu kita mengaku Islam 
sejak lahir. Namun, realitnya, ramai dalam kalangan kita hanya Islam 
pada nama atau status Kad Pengenalan Diri (IC).
Dalam erti kata lain, kita tidak memilih Islam sebagai cara hidup 
seratus peratus. Kita sanggup mengabaikan ajaran Islam walaupun 
lahir dalam keadaan Islam. kita bersikap memilih-milih dalam beramal. 
Ikut suka hati. Mana yang berkenan, itu saja yang di amalkan. Kalau hati 
tidak suka, ada saja alasan yang dicari untuk mengelak daripada 
mengamalkannya. Biasalah, Islam secara kebetulan.

Contoh yang jelas, apabila ditanya;
"Mengapa tidak tutup aurat???"
Rimas, panas, tidak selesa, ketinggalan zaman, belum ada niat hendak 
tutup aurat, hidayah belum sampai, dan macam-macam lagi alasan yang 
jelas menunjukkan bahawa ajaran Islam tidak menjadi pilihan 
dalam hidup. Malah ada yang beranggapan bahawa sesetengah 
daripada ajaran Islam tidak lagi relevan untuk zaman teknologi yang 
serba canggih ini.
Jika begitu, kita belum lagi layak digelar penganut Islam yang 
sebenar bukan???

Ya.. sememangnya belum layak.. belum layak..
Lalu siapa yang layak???
Penganut Islam yang sebenar, hanya layak disandarkan pada 
seseorang yang memilih untuk menjalankan kehidupannya 
selari dengan apa yang digariskan dalam Islam itu sendiri. Atas 
pilihan itu, Islam dilaksanakan dengan penuh taat dan rela hati, 
bukan terpaksa. Merekalah penganut 'ISLAM PILIHAN'.
Peringatan buat diri ini, jangan sampai kita bangga atau sibuk 
mengaku di bibir bahawa kita Islam, tetapi tindak tanduk kita jauh 
daripada Islam. Lalu kita mati dalam keadaan bukan mengamalkan 
Islam. Akhirnya, hidup kita di akhirat nanti bagaimana???

Nerakalah jawabnya! Na'uzubillahi min zalik..

Wallahu'alam....

...ustazpenang...

No comments:

Post a Comment