Sunday, 13 May 2012

Takut Jual Mahal???

Takut Jual Mahal???






Kalau aku tak dapat cinta lagi, bagaimana???

Mungkin dibenak kita segala ketakutan akan menyerap. 
Takut sepanjang hari, takut tidak ada cinta yang hadir lagi, 
takut hidup menjadi rapuh dan tidak menarik lagi. Yakinlah kepada
 Allah, bila saatnya tiba, semuanya akan tersedia.Kita hanya 
perlu menundanya sahaja, jangan sekarang, tetapi esok sahaja.
Yang kita perlukan sekarang adalah fokus kepada tujuan hidup kita. 
Menciptakan asas yang kuat untuk masa depan yang lebih hebat. 
Kita hanya perlu bersabar. Yakinlah bahawa Allah telah 
menyediakan kita putera atau puteri cantik dan terbaik sebagai 
jodoh kita. Berganding selamanya dalam pelukan cinta yang 
dalam dan menghangatkan. Bersama menuju redha dan keampunanNya.
Banyak orang berganti – berganti pasangan dengan alasan mencari
 cinta yang sebenar. Tapi bagaimana dengan mereka yang  
tidak berpengalaman bercinta???
Adakah mereka akan sukar untuk mendapatkan cinta??? 
Tentu sahaja tidak. Sebab cinta itu boleh diciptakan, boleh 
ditumbuhkan, cinta tidak hadir tanpa alasan. Sudah banyak 
orang membuktikan perkara ini. Asal niatnya benar dan 
berusaha dengan benar serta tawakkal pada Allah, maka tidak 
ada yang tidak mungkin. Sebab itu digalakkan cinta selepas kahwin.
Ingatlah, siapa yang mencipta hati kita? Adakah kita sendiri??? Bukan.
Yang menciptakan hati kita adalah Allah. Allah yang berhak 
untuk menumbuhkan rasa cinta dihati kita. Kita hanya berikhtiar 
mencari seseorang yang cocok di hati, dan Allah dengan kekuasaan-Nya 
akan membuahkan rasa cinta di hati kita. Adakah kita yakin 
dengan perkara ini???
Pernah tak anda terjumpa seorang gadis yang membenci 
separuh mati kepada ex-teman lelakinya? Segala sumpah 
seranah keluar dengan lancang, caci-maki berlari tanpa henti. 
Seolah-olah tiada sedikit pun kebaikan pada teman lelakinya.
Tetapi waktu berjalan dengan perasaannya pun berubah 
perlahan-lahan. Rasa bencinya berubah menjadi rindu. 
Rasa kecewanya berubah menjadi pasrah, ingin bertemu 
dan ingin selalu merindu. Itulah keajaiban hati yang telah Allah tentukan.
Bukan kita yang menggerakkan hati tetapi Allah yang 
selalu hadir untuk kita. Bila kita meyakini perkara ini, 
maka tidak akan ada ragu didalam hati. Tidak perlu 
risau jika cinta tidak kunjung tiba. Tidak perlu gelisah bertanya kerana 
cinta itu ada untuk kita.
Selama kita menjaga diri, menguatkan 
diri dengan akhlak Islam, menjaga 
kehormatan diri dan hati, maka 
Allah akan pilihkan pasangan yang tepat 
untuk kita. Bukan sekarang, bukan juga 
esok pagi, tetapi bila tiba saatnya. Kita 
hanya akan tersipu dan menerimanya 
dengan sepenuh hati.
Tak salah jual mahal time belajar ni, yakinlah dengan jodoh Allah. 
Jual mahal bukan bererti sombong, tetapi bijak mengawal perasaan. 
Letakkan cinta pada tempatnya. Jangan sampai menggelapkan 
mata dan hati. Untung dan ruginya manusia dapat diukur 
daripada sikapnya terhadap waktu.
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar 
berada dalam kerugian, kecuali orang yang 
beriman  dan mengerjakan amal soleh dan 
menasihati supaya mentaati kebenaran dan 
nasihat- menasihati supaya menetapi kesabaran”  
( al-Asr ayat 1 – 3 )
Wallahu'alam........




...ustazpenang... 

No comments:

Post a Comment