Sunday, 26 June 2011

ANDA DILAMUN CINTA...????

ANDA DILAMUN CINTA...????

Cinta..
Emm tiba-tiba hati rasa berbunga-bunga untuk berbicara tentang cinta ^__^


Cinta, cinta, cinta..
persoalan yg takkan pernah lapuk dek hujan.
Persoalan yg sentiasa relevan di sepanjang zaman.
Buka sahaja topik tentang cinta, pasti akan laku seperti pisang goreng panas.


Apabila berbicara tentang cinta, mata yg layu mampu kembali segar.
Bila di kelas, sebut tentang cinta, jodoh atau  kahwin..fuh masing-masing duduk tegak.
Mungkin itulah penangan cinta.


Cinta..menyegarkan.
Bahagia.
Menyeronokkan.
Membuai.


Cinta..
setiap insan mendambakannya.
Di situ lah sumber kebahagian.
Sumber keyakinan.


Cinta fitrah hati..
Sebagaimana tubuh memerlukan makanan.
Sebagaimana jasad memerlukan rehat.
Begitu juga hati..
Tanpa cinta, hati sunyi..
Tanpa cinta, hati mati…
Indahnya cinta, ibarat baja ajaib yg mampu menyuburkan jiwa insan…
Cinta ibarat suntikan ghaib yang mampu membuat manusia tersenyum…


Namun..
Tubuh yang terlebih rehat akan memudaratkan.
Jasad yang terlebih makan boleh membawa kepada obesity..
Begitu juga hati…
Jika cinta yang datang mengisi itu adalah cinta yang suci murni..
Maka hidup dan sihatlah hati tersebut..
Namun, jika cinta yang mengisi hati itu adalah cinta yang berlandaskan nafsu
Maka bersedialah untuk menanggung peritnya penyakit matinya hati..


Wahai saudara-saudara ku sekalian,
Aku juga manusia,
Yang punya hati,
Maka aku juga perlukan cinta.


Hampir 20 tahun aku menumpang hidup di bumi Allah..
Dan sepanjang meniti arus hidup sebagai remaja…
aku sentiasa menilai cinta dalam dua persepsi…

Pertama,
aku melihat cinta dalam persepsi remaja.


Kedua,
 aku melihat cinta dalam persepsi remaja islam…


CINTA DALAM PERSEPSI REMAJA KU:
-cinta dimulakan dengan couple.


-bercinta sebelum kahwin membuat kita lebih memahami pasangan kita.


-lelaki yang selalu pergi surau, pakai songkok, baiklah tu..sesuai dijadikan pasangan.



CINTA DALAM PERSEPSI REMAJA ISLAM KU:
-cinta dimulakan dengan melangkah ke gerbang perkahwinan.


-matlamat tidak menghalalkan cara.


-at toiyibat littoyyibin wattoiyibu littoiyibat. Allah tak mungkir janji.


-perkahwinan adalah satu tanggungjawab. 
(Tanggungjawab pada pasangan,
keluarga pasangan, zuriat yang bakal dilahirkan.
Dan yang paling utama, perkahwinan adalah antara titik besar pelaksanaan tanggungjawab ku pada umat dan agama Islam.
Masakan tidak, bukankah akad nikah merupakan tiket untuk peribadi muslim seperti kita mencetak generasi islam seterusnya.
Adakah kita mahu terus menyumbang kepada lahirnya manusia-manusia yang mengaku islam dengan sekadar tercatat “muslim” di ic mereka, sedangkan hidup langsung tidak menggambarkan dia seorang muslim. Cukuplah selama ini bersepah manusia yang merasa cukup dengan sekadar cop muslim di ic mereka itu.)


-Allah SWT tahu jodoh yang terbaik buat kita.


-CINTA ALLAH adalah segala-galanya…


……………………………………end of those perceptions………………………………………………


Suka untuk saya mengupas beberapa point di atas.
Baik,
“bercinta sebelum kahwin membuat kita lebih memahami pasangan kita” 
Dan
 “lelaki yang selalu pergi surau, pakai songkok, baiklah tu..


Betul ke…?
Saudara-saudara seaqidah ku, mari kita fikir bersama.


Bila kita bercinta dengan seseorang (cinta sebelum nikah, senang cito “couple”)…
Berapa kali kita jumpa dia dalam sehari…?
Emmm…


Kat kuliah   = ±6jam
Luar kuliah = ±4jam
Total            = dalam 10 jam sehari kita jumpa si dia (maaf saya tak pandai math)


Dalam 10jam itulah kita guna untuk kenal dia sebaiknya.
Ok.
Si dia,
Cakap sopan dan tak mencarut-carut.
Adab dan tatasusila jaga.
Tak tinggal solat.
Tak pandang perempuan lain.
Care tentang kita.
Smart dan hensem sentiasa.
Perfecto la..!!
Sangat sesuai dijadikan suami..


Tapi hakikatnya…
Mari kita berfikir dengan mata hati dan akal yang waras..


Betul ke dia seorang perfecto seperti yang kita jangka…?


Betul ke dia tak pandang perempuan lain, bila kita tidak di sampingnya…?


Betul ke kita yang sentiasa di hatinya, sedangkan si dia mampu untuk sms dan calling2 dengan gadis lain di belakang kita…?


Adakah hanya dengan ±10jam sehari itu anda mampu membuat penilaian bahawa si dia adalah pasangan yang terbaik buat anda.


Lagi 14jam baki hidupnya anda tidak tahu apa yang si dia lakukan…


Jeng..jeng..jeng…


Saya terbau sesuatu,
Rasanya seperti bayu curiga mula berhembus di sini..
Jangan risau sahabat-sahabatku..
Takkan ku biarkan hati mu itu terus runsing.


Di sini suka untuk daku berkongsi ubatnya.
Ubat yang mampu membuat kita bahagia.
Bukan sahaja di dunia
Malah akhirat sana.
insyaAllah..


baik…
saya yakin kita mahukan perkara yang sama.
Yakni KEBAHAGIAN.
Disebabkan itu anda terus membaca artikel ini bukan..?


Baik, mudah sahaja…
Setiap kita mahukan pasangan yang terbaik.
Tapi adakah terbaik di mata kita itu, adalah yang terbaik di mata Allah…?
Jangan kita lupa sahabat,
Firman Allah dalam surah al baqarah ayat 216..


“boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedangkan ia baik bagi mu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia tidak baik bagi mu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”


“tapi dia selalu pergi surau, pakai songkok, jaga pandangan…”


Alaaa…berapa minit dan detik sangat kita nampak dia.
Saya bukan mengajar anda untuk su’u dzon.
Tapi saya ingin kita bersama membetulkan persepsi kita.
Agar kita tidak menyesal di kemudian hari…


Siapalah kita untuk menilai seseorang.
Jangan tertipu dengan luaran sahaja.
Kita tidak tahu hakikat sebenar.

Baik, kembali kepada persoalan pokok…
Macam mana nak cari pasangan yang baik…?
Yang boleh membuat kita bahagia dunia dan akhirat.


Senang je..
Serah je pada Allah.
Allah tahu apa yang terbaik buat kita.
DIA 24jam awasi hamba-hamba Nya.
DIA je yg tahu hakikat sebenar si dia baik atau tak…
Berdoalah kepada Allah moga di berikan jodoh yang soleh dan beriman.


Namun jangan kita lupa wahai sahabat-sahabat,
Firman Allah dalam surah an nur ayat 26,


“perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik….”


Mungkin benar, si dia seorang yang soleh dan beriman.
Tapi adakah kita telah cukup baik dan solehah untuk menjadi suri hidupnya…?


Maka titik tolak nya di sini adalah,
Kita yang perlu merubah diri kepada seorang yang solehah terlebih dahulu,
Agar layaklah kita untuk mendampingi seorang insan yang soleh.


Namun, suka untuk saya ingatkan diri saya dan saudara-saudara seaqidah yang amat ku kasihi sekalian…
Apalah guna kita berubah semata-mata kerana manusia..?
Berhijrahlah kerana Allah..
Di sana kita kan menjumpai hakikat manisnya iman..
Di sana juga kita akan menjumpai hakikat redha Illahi…


Berubah dan berhijrahlah kerana Allah…
Kerana CINTA NYA semata.
Itulah bahagia yang sebenar.
Itulah rindu sebenar.
Itulah CINTA segala cinta….
Marilah sahabat merebut CINTA ILLAHI.
CINTA yang tidak akan pernah mengecewakan para penagihnya…


…………………………………….cakap tentang cinta ni 1000page pun takkan habis……………………..


Marilah saudara-saudara seaqidah yang amat ku sayangi sekalian..
Pandanglah cinta dengan kaca mata iman
Di sana pasti kan tersuluh jalan,
Jalan bahagia,
Dunia dan akhirat insyaAllah..

Wallahu'alam..............





...ustazpenang...

No comments:

Post a Comment