Sunday, 26 June 2011

Benarkah Siti Hawa Diciptakan Daripada Tulang Rusuk????

Benarkah Siti Hawa Diciptakan Daripada Tulang Rusuk????

Dalil dan Hadith berkaitan topik ini:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا
" Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; .. 
(An Nisaa' : potongan ayat 1)

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا
" Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan dari padanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. " (Al A'raaf :potongan ayat 189)

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا
وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
"  



Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
(Ar Ruum :ayat 21)
Hadith Rasulullah SAW yg bermaksud:




"Sesungguhnya wanita seperti tulang rusuk, apabila kamu hendak meluruskannya,
ia akan patah.Jika kamu membiarkannya, ia akan tetap dalam keadaan bengkok 
(Riwayat Muslim)
" Berpesanlah kamu dengan wanita, sesungguhnya wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang paling bengkok dan teratas sekali, jika kamu hendak meluruskannya, ia akan patah.Jika kamu biarkan ia akan tetap dalam keadaan bengkok.Hendaklah kamu menasihati wanita dengan sebaik-baiknya"(Riwayat Muslim)

PENDAPAT FAKRU AL-RAZI :
Dlm ayat satu Surah An-Nisaa' , ada dua pandangan :
1) Ulama’ sepakat bahawa Siti Hawa diciptakan daripada satu tulang daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam A.S. dengan hujah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya wanita dijadikan daripada tulang rusuk yang paling bengkok ".
2) Abi Muslim Al Asfahani berpendapat : Bahawa maksud ayat :
"Dan daripadanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak". (An Nisaa' :1) ialah daripada jenis yang sama (maksudnya contoh mcm jenis tanah, api, atau cahaya), sebagaimana dalam firman Allah SWT yang bermaksud :

"Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri ".
(An Nahl : potongan ayat 72).

"Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri.."
(Al 'Imran :potongan ayat 164).

KESIMPULAN DR.YUSOF AL QARDHAWI
Daripada pandangan dan pendapat di atas, tidak ada kesepakatan yang jelas tentang kejadian Siti Hawa.
Siti Hawa diciptakan daripada diri Nabi Adam bermakna ia diciptakan daripada jenis yang sama iaitu tanah,bukan daripada cahaya atau api.
Hadith-hadith yang menyatakan ia diciptakan daripada tulang rusuk adalahperumpamaan (tasybih) dan tidak ada nas yang memutuskan tentang penciptaan daripada tulang rusuk Nabi Adam.
Imam Nawawi mengaitkan hadith-hadith dan dalil Fuqaha' atau sebahagian mereka bahawa Siti Hawa diciptakan daripada tulang rusuk, firman Allah SWT yang bermaksud  



:
"..yang menciptakan kamu dari seorang diri dan daripadanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak". (An Nisaa' :1)

dan penjelasan hadis Rasulullah SAW yang diciptakan daripada tulang rusuk. Sebenarnya yang tersirat didalam hadis ini hendak menjelaskan tentangkelembutan wanita, sifat ihsan terhadap mereka serta kesabaran kaum lelaki mendepani akhlak dan kelemahan wanita.
Mempercayai mana-mana pandangan ahli tafsir dan fuqaha' seperti yang dinyatakan diatas, tidak menjejaskan kepada aqidah Umat Islam.

Wallahu'alam..........





...ustazpenang...

No comments:

Post a Comment