Sang Pengemis Cinta Illahi...............
Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”
Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat..
Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin. Dan kita akan terus mengemis kasih Illahi…
Wallahu'alam...................
...ustazpenang...
Ya ALLAH, Ya Tuhanku,
Di dalam subuh yang bening..
Hanya kedengaran suara unggas dan serangga
Yang memecah kesunyian
Sekali-sekala terdengar dengkuran manusia..
Suara angin yang bertiup lembut, sudah menjadi kebiasaan bagi diriku..
Namun, itu semua tidak pernah membuatkan aku rasa jemu untuk terus terus menghayati dan mengingatiMu..
Alangkah indahnya saat itu..
Tidak pernah aku kecapi nikmat sebegini rupa..
Keindahan dan kebahagiaan berhubungan denganMu..
Terlalu indah&tenang sekali hati ini..
Hanya Engkaulah yang tahu..
Lamunanku lebih indah saat mengadu kepadaMu..
Lebih terasa bahagia bila tenggelam dalam tangisan sendu di hadapanMu..
Maka sesekali hati ini menjadi lebih terkedu..
Bila terkenangkan mati seorang diri nanti..
Siksa azabMu yang tak mampu untuk kuhadapi..
Sengsara mahsyar yang dahsyat..
Bagaimanalah pula nasibku kala melintasi titian siratMu..
Adakah aku akan selamat?..
Atau aku adalah bakal penghuni nerakaMu..
Bila teringatkan semua ini pasti hati ini begitu kecut dan gentar berhadapan denganMu..
Jika hendak dibandingkan aku dengan para kekasihMu, tentulah aku yang paling utama disiksa..
Kerana banyaknya dosaku ini..
Yang pasti, aku mesti melalui saat itu..
Nasibku belum terbela lagi..
Oh Tuhanku..hanya Engkau yang akan membelanya nanti..
Wahai Tuhanku..terkadang apabila aku mendekatiMu..
MenyembahMu dalam rukuk dan sujudku berulang kali..
Memuja dan memujiMu..
Lalu ku cuba menghadirkan hatiku untukMu..
Mengharap sungguh dalam malamku..
Tetapi mangapa hati tidak juga hadir..
Ketika itu hambarnya iman tidak terkata..
Apa yang kurasakan seolah-olah aku hanya sedang bersenam dihadapanMu..
Hati ini tidak juga terasa apa-apa..
Sehinggalah timbul perasaan hina dan kotornya diri ini..
Membuatkan aku tersedar kembali..
Bahawa sesungguhnya aku adalah hambaMu..
Aku tidak layak mendapat anugerahMu..
Pilunya hati ini bila mengenangkan nasib diri yang tidak terjamin..
Lagi berdosa kerana merasa layak meraih cintaMu..
Tanpa disedari airmataku mengalir tiada tertahan lagi..
Hati ini bagai ditusuk..
Hiba, pilu dan sebak..
Keadaanku bagaikan anak kecil yang dahagakan air..
Meronta2 kerana tidak sabar menunggu hadirnya minuman..
Agar dapat mengenyangkan perut..
Suara tangisanku memecahkan kesunyian subuh yang bening..
Maka ketika itu aku merasakan seolah2 Engkau tidak menerimaku..
Yang tidak beradab ini..
Ya Allah..inilah nikmatMu..hambaMu ini harus menerima apa jua pemberianMu..
Kerana disebalik itu ada pemberian yang terlalu istimewa yang kurasakan..
Betapa bahagia dan lapangnya dada ini mendekatiMu..
Kini aku sudah mula memahamiMu..
Semenjak aku berkhidmat kepadaMu,belum ada satu pun perasaan hampa..
Lalu membuatkan aku tidak putus asa terhadapMu..
Semuanya indah..
Apatah lagi apabila hati ini diselubungi rasa cinta dan kasih kepadaMu
Ketika itu aku benar-benar bencikan dunia
Terasa dunia ini tiada reti lagi bagiku
Timbul rasa dihati apalah yang ada pada kenikmatan dunia sementara ini jika hendak dibandingkan dengan rindu dan cinta kepadaMu
Tatkala Engkau cenderungkan hati ini untukMu
Maka aku tidak mahu berjauhan dengan Mu
Aku sentiasa memohon padamu wahai Tuhan
Aku adalah milikmu...
Apalah yang ada padaku
Aku amat berharap agar hubunganku denganMu tetap diteruskan walau apa pun yang berlaku
Kerana Engkau Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Aku redha terhadap apa jua yang Kau lakukan padaku
Asalkan jangan kau menarik rasa nikmat cinta agungMu dan jua RasulMu yang mulia.. daripadaku
Jika tidak apalah erti hidup ini..lebih baik aku menjadi sehelai daun
Ya Allah, kasihanilah aku, bimbinglah aku ke jalanMu, selamatkan imanku di dalam mencari cintaMu..
Aku tidak mahu yang lain selain dariMu...
Ameen..
Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”
Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat..
Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin. Dan kita akan terus mengemis kasih Illahi…
Wallahu'alam...................
...ustazpenang...
No comments:
Post a Comment