Wednesday, 29 June 2011

Pesanan Untuk Permaisuri Hatiku............

Pesanan Untuk Permaisuri Hatiku............



Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada
kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu.
Tidak ada manusia yang sempurna kecuali
Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan
maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada
sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-
macam perkara lagi.




Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran
gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.
Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik
dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.




Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai
rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia
berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut
kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan
untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.




Anda mungkin berasa rendah hati melihat
kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka
anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada
orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa
membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.
Kadang-kadang kecantikan memusnahkan.
Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan
anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika
anda semulajadinya buruk.



Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan
di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu
menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti
tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi
hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada
kesudahan?




Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap
oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan
menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang
seseorang manusia itu diberikan kecantikan
supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat
sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan
balasan setimpal di Akhirat.


Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah
hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda
buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan
takbur.




Penghuni neraka kebanyakkannya wanita
sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita
itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk
apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya.
Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk
sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan
kerja TUHAN.


Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali
yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu
ukuran manusia. Cantik pada pandangan ALLAH
adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan
laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi
dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras
tapi apa yang ada di dalam hatinya.




Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah,
orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran
manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.
Hargai diri anda sebab kewujudan anda
mambuktikan kekuasaan ALLAH!


JAdi, renung-renunglah.. kerana mungkin perkara ini kecil sahaja tetapi, harus diingat walau sekecil mana pun, jika kita biarkan bisa saja jadi luka yang bernanah! dan mampu mengotori hati...ingatlah dugaan yang berat itu sebenarnya berbentuk kesenangan kerana dengan kesenangan yang Allah beri itu, secara tersiratnya Dia ingin menguji keikhlasan dan tahap kesyukuran kita terhadap nikmat kurniaanNya.. sesungguhnya ramai yang lupa dan alpa bila senang...moga2 kita lebih menjaga iman kita dengan sebaiknya, Insya Allah...


akhir kata marilah kita hayati petikan surah ar rahman ayat 1-30.


1 (Tuhan) Yang Maha Pemurah,
2 Yang telah mengajarkan al-Qur'an.
3 Dia menciptakan manusia,
4 Mengajarnya pandai berbicara.
5 Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan.
6Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada-Nya.
7 Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan).
8 Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu.
9 Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.
10 Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk-(Nya).
11di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang.
12 Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya.
13 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
14 Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar,
15 dan Dia menciptakan jin dari nyala api.
16 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
17 Tuhan yang memelihara kedua tempat terbit matahari dan Tuhan yang memelihara kedua tempat terbenamnya.
18 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
19 Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu,
20 antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.
21 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
22 Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.
23 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
24 Dan kepunyaan-Nya lah bahtera-bahtera yang tinggi layarnya di lautan laksana gunung-gunung.
25 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
26 Semua yang ada di bumi itu akan binasa.
27 Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
28 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
29 Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.
30 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

sungguh terlalu banyak tak terhitung nikmat yang Allah beri kepada kita, segalanya diberi free..adakah kita sentiasa bersyukur atas nikmat yang maha banyak itu??..moga2 petikan kalamullah itu terkesan di hati kita, insyaAllah

" Orang yang bijaksana membuat lebih banyak
kesempatan dpd yang dijumpainya"

 
Wallahu'alam.................
 
 
 
 
...ustazpenang...





No comments:

Post a Comment