Sunday, 19 June 2011

Melepaskan Sikap Keegoan........

Melepaskan Sikap Keegoan........

Manusia memang pada dasarnya ego, suka mementingkan diri sendiri. Egoisme merupakan suatu kejahatan dan dipandang sebagai pelanggaran moral kerana ia selalu mengabaikan kepentingan orang lain. Ego membuatkan manusia jauh dari kebenaran dan menyimpang dari petunjuk Tuhan. Ego dipandang sebagai penjara (belenggu) untuk manusia.
Ego ini  menjadi persoalan serius ketika ia cenderung untuk  menjadi hedonistik. Kebahagiaan dan kepentingan peribadi diterjemahkan  sebagai kenikmatan fizikal. Yang baik adalah difahami sebagai  kesenangan atau kenikmatan.
Kerana itu, tindakan yang baik  diertikan sebagai tindakan yang bertujuan memperolehi kenikmatan dan menghindari penderitaan. Akibatnya, segala macam cara digunakan oleh orang yang menganut “fahaman”  ini untuk memperolehi kenikmatan untuk dirinya dan menghindari perkara yang tidak seronok.
Itulah EGO..
Pernahkah anda merasakan kegelisahan hati dan jiwa? Seperti  tidak tahu apa yang harus dibuat, sedangkan kerja sebenarnya bertimbun dihadapan anda.
Pernahkah anda merasakan beban hidup yang terasa berat dan mencengkam jiwa anda, sedangkan anda merasakan tidak tahu bagaimana mengurangkannya?
Pernahkah anda merasakan tekanan dan kesempitan ekonomi yang menghalang setiap langkah kehidupan anda, tubuh anda terasa longlai, tidak tahu harus melangkah kemana?
Pernahkan anda merasakan kegelisahan hati yang mendalam, tubuh bergeletar dan semuanya menjadi serba tak kena? Jika perkara ini menimpa anda, bererti anda dalam kegelapan cahaya hati kerana diliputi keegoan yang sangat tinggi.
Oleh itu, bagaimana cara mengawal ego kita?
Tanggalkan kesombongan hati dengan sikap rendah hati. Tiada patut disombongkan oleh manusia dalam hidup ini. Buangkan dengki dan gantikan dengan cinta dan kasih sayang. Hapuskan takabbur dan gantikan dengan kesedaran diri sebagai hamba dan abdi Tuhan semata.
Buanglah  prasangka negatif dengan mengembangkan sikap positif dalam setiap langkah kaki ke depan. Hindaril prinsip hidup yang salah dengan kembali dalam kejernihan jati diri  dari hati.
Kalau anda menginginkan yang baik, buatlah diri anda jadi lebih baik. Jika anda ingin meraih cita-cita, buatlah diri anda menjadi ideal. Anda ingin mempunyai kawan yang lebih baik, maka jadikan diri anda sahabat yang lebih baik.
Jika anda ingin bekerjasama dengan orang yang mempunyai nilai, maka  jadikan diri anda sendiri lebih bernilai. Kalau anda ingin berurusan dengan orang yang kompromi, buatlah diri anda menjadi lebih kompromi. Kalau anda ingin berada di dalam pelbagai keadaan yang lebih menyenangkan, buatlah diri anda sendiri menjadi lebih menyenangkan.
Jika anda ingin dicintai pasangan hidup anda, maka buatlah diri anda menjadi orang yang mencintainya lebih lagi. Mungkin anda akan bertemu dengan orang-orang yang sukar difahami, namun tetaplah  berikan  yang terbaik, meski itu  tidak akan pernah memuaskan hati semua orang.
Kejayaan dalam hidup tidak akan dapat diraih hanya dengan kekuatan fizikal dan kecerdasan akal fikiran. Ia lebih daripada itu, iaitu kecerdasan hati  dalam mengawal ego peribadi diri kita. Dan dengan meninggalkan ego diri, percayalah kita akan menuju kehidupan yang lebih baik.
Jadi, marilah kita melepaskan keegoaan kita!

Wallahu'alam...............





...ustazpenang...






No comments:

Post a Comment