Tuesday 21 June 2011

Sebab Mekarmu Hanya Sekali........

Sebab Mekarmu Hanya Sekali........

Telah puas kau jaga
Mekarnya kuntum nan dinanti
Wangi bertabur sari madu
Pesona bening takkan pernah terganti
Ke mana pun langkah akan kau bawa, sesungguhnya bumi tempat kau berpijak akan selalu menjadi saksi bagimu kelak di hari perhitungan. Tatkala godaan dan rayuan dunia yang semakin hari jelas semakin berat akan kau temui kelak di kemudian hari. Selalu ingatlah bahawa kau adalah sebahagian dari komuniti makhluk mulia yang diciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumi. Seorang penghuni alam yang tak layak untuk berbuat kemungkaran di atas amanah berat yang terlanjur dipikulkan.
Sebuah amanah besar yang bahkan gunung-gunung pun tak sanggup memikulnya.
Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (Al-Ahzab: 72)
Namun demikian, Allah tak pernah membiarkan umat manusia begitu sahaja tanpa bekal yang memadai. Allah menganugerahkan bagi seluruh umat manusia yang ada di dunia ini kelebihan-kelebihan yang  mampu digunakan sesuai dengan ketentuanNya, maka amanah besar itu akan dapat dilaksanakan dengan baik.
Sesungguhnya, tidak ada keraguan sedikit pun untuk menyedari bahawa setiap insan itu diciptakan dalam keadaan yang paling baik. Tanamkanlah dalam jiwamu bahawa kau adalah dilahirkan sebagai makhluk yang sempurna. Dengarkanlah jaminan dari Allah  sendiri tentang betapa sempurnanya penampilan fizikal dari makhluk bernama manusia, sebagaimana firman Allah:
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” (At-Tin: 4)
Belum lagi dengan anugerah akal yang diberikanNya bagi umat manusia agar mampu berfikir dan memilih kebenaran sekaligus sebagai pembeza antara mereka dengan makhluk yang lain. Maka, Islam sebagai pedoman menyeru pada setiap diri agar selalu menggunakan fikiran dan akalnya supaya menjadi makhluk yang paling mulia di sisiNya.
Di perjalanan hidupmu yang bakal kau tempuh, akan banyak sekali akan kau temui bermacam – macam godaan serta tipu daya syaitan yang tanpa kenal lelah berusaha untuk selalu merayumu. Syaitan tidak akan pernah menyerah sehingga tercapai apa yang mereka inginkan
Dia telah memberikan jalan kemudahan dan keselamatan bagi setiap hambaNya. Melalui para rasul dan nabiNya, Dia telah menurunkan segala aturan yang menjadi jalan keluar bagi semua permasalahan yang datang di setiap zaman. kaedah-kaedah itulah yang selama ini dikenal sebagai agama.
Sesungguhnya Allah  menurunkan aturan-aturanNya tersebut sebagai penjaga dan pemelihara manusia agar bebas dari jurang kesengsaraan dan kesulitan.
“Kami tidak menurunkan al-Qur’an ini kepadamu agar kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah).” (Toha: 2-3)
~Oleh kerana itu, kembalilah kepada al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah, pelajarilah, hayatilah, dan kemudian amalkanlah dengan penuh istiqamah.


Wallahu'alam...........


...ustazpenang...

1 comment: