Wednesday, 29 June 2011

KERANA TELAH KU PILIH JALANMU.......

KERANA TELAH KU PILIH JALANMU.......

Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan
Namun TUHANKU,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
astaghfirullah,Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa
Bantulah aku YA RABB,
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku
Tolonglah aku...
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku
di jalan ini
Gagahkan aku
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa
Dan kumohon PADAMU

YANG SELAMANYA MEMILIKI RUH DAN JASAD INIDamaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.


~Jika hati ini mulai cenderung ke arah nafsu..ku mohon kembalikan aku kepada fitrah CINTA yang bertunjangkan kalimah AGUNG yang yg kukuh akarnya hingga menjulang ke langit.... jika aku dikelirukan tentang lafaz cinta berantaikan bisikan syaitan, ku mohon Kau rantaikan hatiku dengan lingkaran iman...kerana aku tak mahu terhumban lagi....biarlah orang berkata apa sekalipun ttg ms silamku...masa jahilku...tika mataku kabur...BIARLAH...kerana aku tahu, hanya KAU yang mengerti sebenarnya...
 
Kau uji hati ini kerana Kau ingin aku mengerti..hati ini untuk siapa...cinta ini untuk siapa....izinkan aku berlayar di lautan kasihMu...kerana cinta paling abadi itu, hanya selayak layaknya dipersembahkan padaMU...
 
Wallahu'alam............

...ustazpenang...

No comments:

Post a Comment