Sunday, 19 June 2011

Walaupun Hanya Ber"Facebook"...............

Walaupun Hanya Ber"Facebook"...............

Saya suka memerhatikan gelagat – gelagat masyarakat kita secara diam. Baik melalui pengalaman hidup mahupun menerusi dunia maya.

Banyak yang diperhatikan. Banyak yang diperdengarkan.
Tetapi apa yang ingin dihighlightkan kali ini adalah berkenaan dengan menjaga lisan kita. Ia tidak semestinya melalui pertuturan sahaja, melalui Facebook atau blog pun dikira lisan juga walaupun kita menaip. Ya, lisan kita.
Pada waktu sekarang, saya yakin bahawa rata – rata anda mempunyai facebook bukan? Jika anda perasan, facebook ini ada kalanya menjadi tempat perang mulut. Tempat membengkakkan hati. Tempat dimana maruah seseorang dicemarkan dengan sewenang – wenangnya. Kewujudan pelbagai page – page yang mengecam dan mencaci orang pun banyak. Komen – komen didalamnya pun boleh tahan pedasnya dalam mengata dan mencaci ni. Adakah anda semua terlibat?
Jangan..

Jangan mencaci orang. Jangan mengejek orang. Jangan Mengumpat orang, walaupun hanya dalam facebook.

Ingatlah, Allah itu maha tajam pemerhatianNya. Maha adil timbanganNya.

Ok, mari kita lihat akibat dari habit kita yang tidak menjaga lisan itu.



Imam Al-Ghazali mengemukakan ada 14 macam bahaya lidah yang harus diperhatikan manusia.

Pertama, perkataan yang tidak bermanfaat yang boleh membuatkan hati kasar.

Kedua, mereka yang banyak bercakap, maka dia banyak bohong.

Ketiga, bersembang kosong. Padahal ciri-ciri orang beriman (QS 23:3) adalah mereka yang sentiasa menghindarkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat.

Keempat, menyebabkan pertengkaran dan dendam.

Kelima, banyak bicara akan menimbulkan permusuhan antara kelompok dan golongan.

Keenam, mereka yang berbohong dengan mengaku sebagai pakar suatu bidang.

Ketujuh, ucapan yang mengandungi makian dan cacian.

Kelapan, ucapan yang mengutuk seseorang atau satu golongan.

Kesembilan, ungkapan syair atau nyanyian yang membangkitkan nafsu kebinatangan seseorang.

Kesepuluh, senda gurau dengan memperolok-olok orang lain. Rasulullah bersabda: ‘” Sesungguhnya mereka yang mentertawakan teman-temannya, mereka akan jatuh ke dalam neraka, lebih jatuh dari bintang suria.”

Kesebelas, mengejek orang lain. Allah berfirman: ”Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum merendahkan (mentertawakan) kaum yang lain. Boleh jadi (yang ditertawakan itu) lebih baik dari mereka (yang mentertawakan). Jangan pula sekelompok wanita mentertawakan kelompok wanita yang lain, boleh jadi (yang diperolok-olok itu) lebih baik dari mereka dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk,”” (QS 49: 11).

Kedua belas, membuka rahsia orang lain.

Ketiga belas, berjanji palsu.

Keempat belas, bersumpah palsu. Semua itu akan merosak nilai-nilai amanah. Rasulullah bersabda: ”Waspadalah terhadap pembohong! Sebab pembohong dan orang-orang yang zalim sama-sama dalam neraka.” (HR Ibnu Majah)

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah: ”Apa penyebab terbesar orang masuk neraka?” Nabi menjawab: ””Kerana lidah dan kemaluannya.” (HR Turmudzi).
Mudah-mudahan kita semua dapat mengendalikan diri.


Jagalah lisan dari mengata
Jagalah lisan dari menghina
Kerana lisan musuh ditemui
Kerana lisan teman berkecil hati
Kerana lisan ada yang menangis
Kerana lisan hati terguris

Wallahu'alam..................





...ustazpenang...

No comments:

Post a Comment