Friday 10 June 2011

Wahai Bidadariku................

Wahai Bidadariku................


Engkau bertanya mengapa aku cuba lari daripadamu? Jawabku lemah..kerana aku risa...ukan hatiku dan imanmu..risau ia jatuh ke jurang nafsu..akhirnya menjadikan kita musuh ketat di akhirat..semuanya kerana pujuk rayu syaitan,,semuanya kerana kita yg memilihnya..

Engkau membisu dan aku jua membisu, engkau berpaling dan terus melangkah perlahan, dalam hatimu dan kalbuku,masing2 memendam rasa, menahan derita rindu..namun, nafsu bukan segala2nya kerana iman itu yg lebih utama..tidak perlu kau memanggilku dgn jeritan halus benakmu, sampai masa janji tuhanku, aku jadikan kau permaisuriku dan kita akan bahagia selamanya..

Wahai bidadariku,
Puas sudah aku merinduimu,
Dari sehari ke sehari,
Hatiku dibuai rasa kesepian,
Sepi akan kasihmu,belaianmu,
Meskipun belum tibanya waktu,
Aku akan setia menunggu,
Kerna aku hamba yang setia pada janji tuhanku.

Wahai bidadariku,
Meskipun kau masih samar dalam benakku,
Namun aku sudah mampu menggambarkan keayuan wajahmu,
Keayuan dirimu yang dilitupi jilbab kesukaanmu,
Keindahan suaramu yang lunak memanggil-manggil namaku,
Tidak aku dambarkan bahgianya aku ketika itu,
Seperti bahagianya Yusof menemui ayahndanya Yaakub..


Wallahu'alam..........






...ustazpenang...

No comments:

Post a Comment