Saturday 11 June 2011

Wahai Wanita...................

Wahai Wanita...................



Aku bukanlah batu karang yang tak

tergerus air…

Aku bukanlah baja yang takkan patah…

Aku bukanlah matahari yang takkan

pernah padam..


Wahai wanita.. ada saatnya aku ingin bersandar dibahumu dan dalam pelukmu..

bukan untuk bermanja2 atau bersenang ria…

sekedar mendapatkan tempat nyaman, walau sejenak…

Tidaklah mungkin aku bersandar dibanyak bahu..

hanya dibahumu seorang…

biarkan sejenak kukembali ke masa kecilku…

masa dimana kami tak perlu bertegang rasa..

tak perlu bertegap dada..

tak perlu berkeras muka….


Wahai wanita…

jika aku tak pernah menangis, itu bukan

bererti aku tak berperasaan. .

namun memang aku mempunyai cara sendiri

untuk menangis..

Jika aku terperangah dan bingung

melihatmu menangis, bukan kerana aku

menganggapmu tontonan..

bukan juga suatu kebanggaan membuatmu

menangis kerana diriku..

semata2 kerana aku tak tahu dan tak

mengerti, harus bagaimana aku saat itu….

Kusentuh, kau tepis..

kupeluk, kau dorong..

.

Wahai wanita… aku kadang sensitif bukan kerana aku benci… kerana sebenarnya hatiku jauh lebih rapuh dari kalian para wanita… kebetulan saja diluarku nampak kasar dan ganas... namun didalam sini, aku bagaikan agar-agar dibandingkan kalian yang keras bagaikan karang didalam, walau selembut sutera diluarnya…


Wahai wanita…

ku tertawa bukan kerana merendahkanmu. ..

ku tersipu bukan kerana kecantikanmu. .

ku terdiam bukan kerana kata2mu…

Kutertawa kerana kata2 lucumu

menyegarkan hatiku..

ku tersipu keraa hatiku mulai terpaut

oleh pesonamu…

ku terdiam kerana kusadari kumulai jatuh

cinta pada dirimu…...











...ustazpenang...

No comments:

Post a Comment